Sekolah Kebangsaan Sena

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Perpustakaan Dibuka Semasa Cuti

 

 

Taklimat Pelaksanaan Gerak Kerja PSS 2010

Print PDF

SK SENA, Kangar - Sempena pencalonan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sena sebagai Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah Bandar bagi tahun 2010, Sekolah Kebangsaan Sena telah menjemput Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Kebangsaan Santan, Pn. Nor Sharmila binti Shaari untuk memberikan taklimat gerak kerja kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah berdasarkan pengalaman beliau dalam menerajui Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Santan yang pernah memenangi anugerah tersebut dalam kategori Sekolah Rendah Luar Bandar.

Beliau yang ditemani oleh Pn. Hamidah binti Hamid, pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis telah menyampaikan beberapa pesanan kepada semua guru SK Sena tentang perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk memajukan lagi Pusat Sumber Sekolah. Antaranya ialah tentang kepentingan wujudnya kerjasama daripada semua pihak di sekolah, memandangkan setiap aktiviti sekolah yang berkaitan dengan sumber turut melibatkan Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, beliau turut menyebutkan tentang pengendalian bilik-bilik khas, ciri-ciri keistimewaan sekolah yang boleh ditonjolkan serta pelaksanaan program NILAM dalam kalangan murid sekolah.

Beberapa persoalan telah ditimbulkan oleh para hadirin termasuklah tentang rekod dan siaran bahan-bahan digital seperti laman web dan blog serta lawatan kerja yang mungkin boleh dilakukan ke SK Santan untuk melihat dengan lebih dekat perkara-perkara yang telah dilaksanakan di sana sehingga membolehkan mereka mencapai kejayaan sebelum ini.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih atas kesudian Pn. Sharmila dan Pn Hamidah untuk hadir dan berkongsi pengalaman dengan guru-guru SK Sena. Apa yang telah disampaikan akan digunakan sepenuhnya sebagai panduan kepada Pusat Sumber SK Sena untuk menjalankan kerja-kerja penambahbaikan untuk 2010 dan tahun-tahun berikutnya.

 



Last Updated on Friday, 12 March 2010 09:18
 

Lawatan Penanda Aras SK Bukit Tumbuh

Print PDF
SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini menerima lawatan penanda aras daripada guru-guru dan ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu. Menurut Guru Besar SK Bukit Tumbuh, Pn. Hjh. Sharifah Kasmani binti Syed Hakim, lawatan tersebut diadakan untuk memberikan pendedahan dan menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan guru-guru SK Bukit Tumbuh, dan kedudukan SK Sena sebagai satu-satunya Sekolah Kluster Kecemerlangan di negeri Perlis telah menjadi salah satu faktor yang mendorong beliau mengadakan lawatan berkenaan.
 
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat SK Sena yang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim. Para pelawat kemudiannya telah dibawa melihat operasi persekolahan di sekitar kawasan SK Sena. Kru CyKidzCRAZE pula telah berkesempatan menemuramah Guru Besar SK Bukit Tumbuh dan Yang Dipertua PIBG SK Bukit Tumbuh, En. Mohd Sabri bin Hj. Muda berkenaan lawatan mereka ke SK Sena. Video temuramah tersebut  boleh didapati dalam Galeri Video SK Sena. Di akhir lawatan, satu jamuan ringan telah disediakan untuk semua yang hadir.
 
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan mengadakan lawatan ke sekolah kami. Semoga hubungan yang dibina daripada lawatan berkenaan kekal berpanjangan.
 
 


Last Updated on Thursday, 04 March 2010 16:33
 

Mesyuarat Perancangan Latihan GNU/Linux

Print PDF
UniMAP, Seberang Ramai - Satu mesyuarat perancangan program latihan Ubuntu GNU/Linux telah diadakan di sini kelmarin untuk membincangkan pelan pelaksanaaan program berkenaan bagi sesi 2010. Program latihan tersebut yang dirancang akan bermula pada bulan Mei tahun ini akan melibatkan guru-guru Penyelaras ICT dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Perlis dalam usaha untuk menyampaikan kemahiran penggunaan dan pentadbiran sistem berasaskan GNU/Linux menggunaan distribusi Ubuntu yang terkini.
 
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil-wakil penganjur bersama seperti berikut:-
  1. Prof. Madya Dr. R. Badlishah bin Ahmad - Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) merangkap Pengerusi, Jawatankuasa Perisian Sumber Terbuka (OSSC), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  2. En. Mohd Kadri bin Ibrahim - Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Jabatan Pelajaran Perlis
  3. En. Roslan bin Yatim - Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sena
  4. Ketua Bitara ICT (S.E.N.A CyQUEST) dan Ketua-Ketua Komponen, Sekolah Kebangsaan Sena
Pada penghujung sesi, semua yang hadir telah mencapai beberapa persetujuan, khususnya dari segi tentatif program, susunan jawatankuasa kerja, bidang tugas setiap pihak, dan tanggungan perbelanjaan untuk menjalankan program berkenaan.
 
S.E.N.A CyQUEST dan Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Dr. R. Badlishah dan En. Mohd Kadri kerana sudi menghadiri mesyuarat tersebut, dan semoga program latihan tersebut dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Para penganjur turut mengharapkan agar program berkenaan dapat menjadi langkah pertama dalam usaha untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian sumber terbuka kepada masyarakat Perlis, khususnya dalam kalangan warga pelajaran.
 
 


Last Updated on Tuesday, 02 March 2010 14:26
 


Peringatan

Maksud kalam Allah dalam surah az-Zumar, ayat 65:

...jika kamu melakukan syirik, pasti batal segala 'amalan kamu, dan pasti kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.