Kem Inovasi dan Robotik

User Rating:  / 1
PoorBest 

R1UniMap, Sungai Chucuh - Sk Sena telah menyertai Kem Inovasi dan Robotik anjuran UniMAP pada 30 Januari sehingga 1 Februari 2015 di UniMAP Gungai Chucuh. Objektif utama kem ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknologi robotik. Sebanyak 9 buah sekolah kluster dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah dijemput untuk menyertai kem ini. Hanya 2 buah sekolah rendah Kluster Kecemerlangan yang dijemput iaitu SK Sena dan SK Putera. 

 

Pada hari pertama, peserta didedahkan dengan inovasi. Peserta didedahkan dengan cara mudah untuk mencipta sesuatu benda yang akan memudahkan kehidupan. Para peserta diminta untuk memilih satu produk yang sedia ada dan menanmbah bahagian yang akan membuatkan produk itu lebih mudah digunakan dan mempelbagaikan lagi kegunaan produk tersebut.  Peserta-peserta diminta membuat presentation dalam bentuk lakaran di hadapan peserta-peserta lain.

 Pada hari kedua, semua peserta telah didedahkan dengan robotik. ini merupakan pengalaman pertama lepada pelajar-pelajar dari Sk Sena. Para pelajar begitu teruja mengikuti penerangan yang telah disampaikan oleh para pegawai dari UniMAP. Para peserta telah didedahkan kepada jenis-jenis robot dan juga pengaturcaraan untuk menjalankan fungsi bahagian-bahagian robot. Setiap sekolah telah dibekalkan dengan bahagian-bahagian robot dan diminta untuk memasang dan dimasukkan program yang diperlukan supaya robot tersebut boleh berfungsi. Semua peserta dan guru begitu teruja untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kerana pertandingan akan diadakan pada hari ketiga.

Pihak pentadbiran mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak UniMAP kerana telah menganjurkan kem yang sangat berguna ini. Beliau turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan SK Sena dalam kem ini.

R7   R5  R3

"