Uncategorised
Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat, dan Restu Ilmu Khas Buat Pelajar UPSR 2018
- Butiran
- Dikemaskini pada Jumaat, 21 September 2018 11:24
- Diterbitkan pada Jumaat, 21 September 2018 11:23
- Pengarang: Administrator
Pada 20 September 2018, Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sena telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Restu Ilmu khas buat 96 orang pelajar tahun 6 2018. Majlis bermula pada jam 6:30 petang. Ramai ibu bapa hadir ke Majlis tersebut bagi bersama-sama memohon keberkatan untuk anak-anak mereka dalam menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) yang bakal berlangsung pada 24 September 2018 ini.
Usai bacaan Yaasin, majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar En. Jafri Bin Othman, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SK Sena serta ibu bapa yang hadir ke majlis tersebut. Harapan beliau agar anak-anak tahun 6 ini akan melakar kejayaan dalam UPSR tahun ini.
Turut hadir sama ke majlis tersebut ialah YB Noor Amin iaitu Ahli Parlimen Kangar. Beliau berharap agar pelajar tahun 6 SK Sena bakal memperoleh keputusan yang cemerlang kelak. Beliau juga berharap agar pelajar tahun 6 tidak mudah berputus asa dalam usaha mencari ilmu walau apa sahaja rintangan yang mendatang.
Suasana sepanjang majlis amat mendamaikan diikuti hujan gerimis di luar. Para ibu bapa memberi komitmen yang sangat tinggi kepada semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan sepanjang majlis ialah, solat Maghrib, solat Isya', solat hajat , penyampaian alat tulis kepada pelajar dan seterusnya restu ilmu. Majlis telah melabuhkan tirai pada jam 9:30 malam dengan sedikit jamuan.
Award Ceremony for Malaysia Mathematics Competition & Malaysia Science Competition National Level 2018
- Butiran
- Dikemaskini pada Rabu, 19 September 2018 20:27
- Diterbitkan pada Rabu, 19 September 2018 14:50
- Pengarang: Administrator
Award Ceremony for Malaysia Mathematics Competition & Malaysia Science Competition National Level 2018
Facilitators: Pn Sharifah Aziah (Science) & Pn Haryanti Salim (Mathematics)
Senarians' achievement:
Science Competition:
6 Silver medals
3 Bronze medals
3 Distinction (certificate)
2 Merit (certificate)
Mathematics Competition:
2 Gold medals
4 Silver medals
2 Bronze medals
8 Distinction (certificate)
7 Merit (certificate)
2 Participation
Congratulations!
Aspirasi X Malaysia Merdeka 2018 Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Gerek Cantik
- Butiran
- Dikemaskini pada Jumaat, 21 September 2018 07:16
- Diterbitkan pada Rabu, 19 September 2018 14:40
- Pengarang: Administrator
Aspirasi X Malaysia Merdeka 2018 - Kempen Kibar Jalur Gemilang & Gerek Cantik
Tarikh: 15 Sept 2018
Tempat: Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar
4 orang murid SK Sena telah memenangi Pertandingan Basikal Cantik. Tahniah!
The Second Patthalung International Academic Competition 2018
- Butiran
- Dikemaskini pada Jumaat, 21 September 2018 07:19
- Diterbitkan pada Rabu, 19 September 2018 14:27
- Pengarang: Administrator
The Second Phatthalung International Academic c Competition telah berlangsung pada 5 September 2018 di Princess Ubolratana Rajakanya's College Patthalung, Thailand.
Pasukan SK Sena telah berjaya memenangi:
1. Science Competition
Grade 4-6 (Upper Primary Level)
Nur Aisyah Danish Bt Aziz (Gold medal)
Adani Maisarah Bt Zainal (Gold medal)
2. English Proficiency Competition
Grade 4-6 (Upper Primary Level)
Aida Haifa Bt Mohd Anuarudin (Gold medal)
Amal Hidayah Bt Hidayat (Gold medal)
3. ASEAN Quiz Competition
Grade 4-6 (Upper Primary Level)
Nur Balqis Najwa Bt Mohd Rahimi (Bronze medal)
Mardhiah Az Zahra Bt Amri (Bronze medal)
Tahniah!
Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sena 2018
- Butiran
- Dikemaskini pada Rabu, 19 September 2018 15:23
- Diterbitkan pada Rabu, 19 September 2018 14:15
- Pengarang: Administrator
Pada 17 Ogos 2018, Sekolah Kebangsaan Sena telahmengadakan Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018 bertempat di Dataran Sena. Seramai 833 orang murid bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut. Jalur Gemilang berkibar megah di udara, seluruh warga Sena berpakaian mengikut tema Bendera Malaysia. Suasana meriah yang sangat mengagumkan.
Program yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En. Jafri Bin Othman ternyata menarik minat ramai murid untuk sama-sama memeriahkan suasana sambutan. Barisan guru--guru pula mengenakan hijab bendera Malaysia yang amat memukau. Tahniah SK Sena!
More Articles...
- 1 Emas 1 Perak 1 Gangsa dan Anugerah Khas Gold Medal Award IDRIS dari MyRIS di Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium (PERLIS 3.0)
- Perkhemahan Pembangunan Pendidikan Luar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perlis 2018
- Pertandingan Inovasi Pengajaran 2018
- Penyampaian Sijil KOROBORI Pengakap 2018
- 6A DAN 5A1B Tahniah!