Pelancaran Program Nilam Sekolah Kebangsaan Sena 2016
- Butiran
- Category: Uncategorised
- Created on Khamis, 12 Mei 2016 08:28
- Dikemaskini pada Ahad, 15 Mei 2016 00:28
- Diterbitkan pada Khamis, 12 Mei 2016 08:28
- Pengarang: Administrator
- Hits: 582
Pada 10 Mac 2016, bertempat di Dataran Sena telah diadakan Majlis Pelancaran Program Nilam peringkat Sekolah Kebangsaan Sena yang melibatkan semua murid dan guru.
Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu.Disamping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira usia.NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Tokoh Nilam pada tahun ini diberikann kepada dua kategori iaitu kategori Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris. Pengiktirafan NILAM diberi kepada murid yang banyak membaca dan mencapai taraf yang ditetapkan setiap tahun bagi menarik minat membaca dalam kalangan murid dan warga sekolah.