Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2016)

User Rating:  / 0
PoorBest 

Pada 2 hingga 6 Februari 2016, pasukan inovasi Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2016). Sehubungan dengan itu, 5 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tahun 4, 5, dan 6 bersama 2 orang guru pengiring telah menyertai pertandingan tersebut.

Pelajar yang mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut ialah,  Muhammad Qhalif Azariq bin Sahzan 6A, Najihah Humairah binti Mohd Najmuddin 5A, Muhammad Wafiq bin Mohd Irfan Hatim 4A, Miqhaeil Aiman bin Mohd Salahuddin 4A, dan Najidah Humairah binti Mohd Najmuddin 3A manakala guru pengiring pula ialah En. Roslan bin Yatim dan Cik Azizah Bt Hamzah.

Sebanyak 3 produk telah dihantar untuk penyertaan iaitu Master Cut, Smart Body Wash dan A Novel Bio-Based Rice Weevil Repellent (Bio-RiWeR). Ketiga-tiga produk telah memenangi Silver Medal.

Produk Master Cut telah memenangi Anugerah Khas dari Filipina. Manakala Produk A Novel Bio-Based Rice Weevil Repellent (Bio-RiWeR) telah memenangi Anugerah Khas dari Korea, Anugerah Khas dari Taiwan dan Anugerah Khas dari Filipina. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand.

Pada sesi sehari lawatan, murid dibawa melawat sekitar tempat menarik di Bangkok. Antara tempat yang dilawati adalah Floating Market, Wood Factory dan Samphran Elephant Ground & Zoo. Di Samphran Elephant Ground & Zoo murid berpeluang melihat pertunjukan buaya, silap mata dan pertunjukan gajah.