1 Emas 1 Perak 1 Gangsa dan Anugerah Khas Gold Medal Award IDRIS dari MyRIS di Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium (PERLIS 3.0)

User Rating:  / 0
PoorBest 

Pada 8 Jun 2017, pasukan inovasi Seklah Kebangsaan Sena telah menyertai pertandingan inovasi Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium (PERLIS 3.0) bertempat di Bilik Sumber, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Universiti  Malaysia Perlis. Seramai 4 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Sena telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Mereka adalah Muhammad Zarif b. Mohd Nadri, Muhammad Haziq b. Mohd Nadri, Muhammad Wafiq bin Mohd Irfan Hatim dan Nur Aisyah Danish bt Aziz. 

Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai soalan yang menguji minda berkaitan dengan produk yang mereka pertandingkan. Kebanyakan juri menggunakan soalan Kemahirn Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) untuk menguji para peserta. Para peserta dapat menjawab dengan baik dan meyakinkan. Pendedahan sebegini merupakan langkah awal kepada murid dari sekolah rendah dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan berfikir di luar kotak untuk mempertahankan hujah mereka terhadap produk yang dipertandingkan.

Sebanyak 3 produk telah dihantar untuk penyertaan iaitu Clothes Dryer, Plant Booster dan Smart Saving Box. Produk  Smart Saving Box telah memenangi Bronze Medal. Manakala produk Plant Booster telah memenangi Siver Medal.Produk Clothes Dryer pula telah memenangi Gold Medal dan Anugerah Khas Gold Medal Award IDRIS dari MyRIS. Pencapaian murid amat membanggakan sekolah.

perlis3.01

perlis3.02

 

 

perlis3.04