Sekolah Kebangsaan Sena

Laporan Mesyuarat Program Integrasi Antarabangsa 2010

User Rating:  / 0
PoorBest 

SATUN, Thailand - Seramai empat orang guru Sekolah Kebangsaan Sena kelmarin menghadiri satu sesi mesyuarat pelaksanaan Program Integrasi Antarabangsa Melalui ICT di Pejabat Kawasan Pelajaran Satun. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan ialah untuk membincangkan perjalanan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan untuk program berkenaan, serta pemilihan lokasi program dan sekolah jaringan yang akan menjalankan program tersebut bersama SK Sena. Pada mesyuarat tersebut, Sekolah Kebangsaan Sena telah diwakili oleh guru-guru berikut:-Wakil SK Sena berbincang dengan Pengarah Pejabat Kawasan Pelajaran Satun

  1. Guru Besar, En. Roslan bin Yatim
  2. Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan, En. Saifur Ridzwan bin Mustafa
  3. En. Zubir bin Ghazali
  4. Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST, Ahmad Ferdaus bin Abd Razak
Sementara itu, pihak Kawasan Pelajaran Satun pula telah diwakili oleh beberapa orang pegawai yang telah sudi meluangkan masa untuk membincangkan perkara tersebut:-
  1. En. Adinan Pakbara - Pengarah, Pejabat Kawasan Pelajaran Satun
  2. En. Kochem Meenhem - Timbalan Pengarah, Pejabat Kawasan Pelajaran Satun
  3. En. Romlee Sumalee - Pegawai Perhubungan Luar, Pejabat Kawasan Pelajaran Satun
  4. En. Worawik Mardthing - Pengarah, Anuban Khuan-Don School

Secara umumnya, keseluruhan ahli mesyuarat telah bertuju dan menyambut baik cadangan SK Sena untuk mengadakan Program Integrasi Antarabangsa Melalui ICT melibatkan sekolah-sekolah Malaysia dan Thailand. SK Sena berterima kasih kepada Pengarah Pejabat Pelajaran Satun yang telah menunjukkan minat dan kesungguhan yang begitu tinggi sehingga beliau sendiri telah menghubungi En. Chaiyuth Buatoom, Pengetua Hatyairatprachasun School, Songkhla, Thailand yang telah dicadangkan untuk menjadi tuan rumah bagi acara berkenaan. Terima kasih juga kepada En. Chaiyuth Buatoom yang telah memberikan persetujuan serta-merta.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada wakil-wakil Pejabat Kawasan Pelajaran Satun yang telah sudi menerima rombongan Sekolah Kebangsaan Sena. Diharapkan agar hubungan erat yang telah ditunjukkan dan program kerjasama seperti ini akan sentiasa berterusan pada masa hadapan.

 

 

PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2015
Sekarang - 31 Julai 2014


Untuk kanak-kanak kelahiran:
2009, 2010 dan 1 - 15 Januari 2011

Dapatkan borang permohonan di Pejabat SK Sena pada waktu pejabat.

ICOM 2014 Is Here
Unleash the filmmaker in you!

 

 

 Check out the competition info at
http://icom.sksena.edu.my/

Tweet Sena

SKSenaEduMy I added a video to a @YouTube playlist http://t.co/aVyKk8TXMK Make-Up Tutorial: Ending
SKSenaEduMy I added a video to a @YouTube playlist http://t.co/f4lbkMjn85 Make-Up Tutorial: Introduction
SKSenaEduMy I added a video to a @YouTube playlist http://t.co/6G8UGf7pdc Make-Up Tutorial 8: Burnt Face
SKSenaEduMy I added a video to a @YouTube playlist http://t.co/iQcyzNzysR Make-Up Tutorial 7: Old Person
SKSenaEduMy I added a video to a @YouTube playlist http://t.co/8gJeMbhw33 Make-Up Tutorial 6: Ghost

Translations

Dasar KPM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1Murid 1Sukan

NKRA Pendidikan

Rancangan Malaysia Ke-10 (Pendidikan)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penanda Buku

Bookmark SK Sena

Hubungi Kami

Logo SK Sena
 
Sekolah Kebangsaan Sena
(SK Sena)
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
 
Tel: +604-9772204
Fax: +604-9772203
 
Koordinat GPS

Malaysian Venue

Code Club World Venue

Komitmen kami untuk Perisian Sumber Terbuka dan Bebas

FOSS @ Sena

LibrePlanet 2014

Statistik Kunjungan

2565213
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
3503
4349
7852
79125
222644
Loading ...