Sekolah Kebangsaan Sena

Tahniah! Tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

hadiahpertengahantahun1

hadiahpertengahantahun2

hadiahpertengahantahun3

Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan dan Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Sena

Pada 6 Ogos 2018 yang lalu, SK Sena telah menjadi tuan rumah dalam Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan anjuran FAMA. Sehubungan dengan itu, SK Sena juga telah menyertai kempen tersebut dengan menganjurkan Hari Keusahwanan SK Sena 2018. Terdapat pelbagai gerai jualan dari pihak luar dan dari SK Sena sendiri.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan FAMA, Tn Hj Mansor B. Omar. Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi memeriahkan lagi kempen tersebut. Antara pertandingan yang dijalankan ialah, Pertandingan mewarna Tahap 1, Pertandingan Video Kreatif Pertandingan Menulis Esei dan Sukaneka Tahap 1 & Tahap 2. Murid-murid telah diberikan percuma buah rambutan oleh pihak FAMA. Buah-buahan telah dijual dengan harga yang berpatutan.

pengarahbuah

pengarahbuah2

pengarahdurian

perasmianbuah4

perasmianbuah5

Pingat Perak di Festival Lanskap dan Pertanian 2016 dan Karnival Serantau Alam Sekitar Sekolah-Sekolah Kluster Zon Utara

Pada 22 hingga 24 September 2016 yang lalu, satu Pameran dan pertandingan inovasi telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis. SK Sena telah diwakili oleh 4 peserta iaitu Muhammad Zarif bin Mohd Nadri 5B, Muhammad Haziq bin Mohd Nadri 5B, Nur Hana Alisha binti Khairel Rafezi 5A dan Nur Batrisya Wafa binti Mohd Raziman 5A.

Sebanyak 1 produk telah dihantar untuk penyertaan iaitu Smart Fruity Glue. Produk tersebut telah memenangi Bronze Medal. Majlis perasmian penutup karnival tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Shahidan bin Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

2 Emas 1 Perak di Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium

Pada 20 Oktober 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium merupakan penyertaan kali ke 2, kali pertama adalah pada tahun 2015 yang lalu. Pertandingan inovasi ini disertai oleh sekolah-sekolah negeri Perlis. SK Sena telah diwakili oleh 9 orang peserta iaitu murid tahun empat dan tahun enam. Sebanyak 3 produk telah dihantar untuk penyertaan iaitu The Walking Mop, Safety Mat dan Universal Reminder.

Produk tersebut telah memenangi 1 Silver Medal dan 2 Gold Medal. Majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis. Turut berangkat pada majlis tersebut adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kem Cerdik ICT 2016

Pada 15 Oktober 2016 bertempat di Makmal Komputer SK Sena, Bitara ICT SK Sena telah menganjurkan Program Kem Cerdik ICT. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai tugas-tugas kewartawanan dan cara-cara pengendalian kamera dengan betul.

Program ini dihadiri oleh seramai 36 orang murid dari tahun 4 termasuk 5 orang fasilitator dari tahun 5 dan 6. Penceramah undangan ialah En. Mohd. Asri Bin Shafii iaitu AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Sena yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan.

Peserta didedahkan secara asas mengenai tugas-tugas seorang wartawan dan cara mengendalikan alatan seperti kamera dan kamera video dengan cara yang betul. Peserta memperolehi pelbagai pengalaman berharga sepanjang program tersebut berlangsung.

IMG 92191

IMG 92201

IMG 92211

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers