Sekolah Kebangsaan Sena

Edaran Bubur Lambuk Sepanjang Bulan Ramadan di SK Sena

Badan Kebajikan Guru Dan Staff SK Sena telah mengadakan agihan bubur lambuk sepanjang bulan Ramadan, ianya bermula dari 1 hingga 25 Ramadan 1437 Hijrah.

Anggaran kos perbelanjaan menyediakan bubur lambok tersebut mencecah RM4000. Perbelanjaan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Badan Kebajikan Guru dan Staff SK Sena.

Suasana amat meriah di sebelah petang Ramadan lalu di mana guru-guru dan semua staff SK Sena bersama-sama menggembleng tenaga untuk memasak dan mengagihkannya.

13427963 728698143939715 4921816209582156980 n 1

13413722 728698217273041 3707560125252741972 n

 

Sena di Kota London

Pada 1 Jun hingga 6 Jun 2016 yang lalu. Seramai 5 orang guru pengiring dan 4 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai lawatan sambail belajar ke London, United Kingdom anjuran Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia (YHKM). Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang budaya dan cara hidup di sana. 

Lawatan tersebut merupakan satu bonus kepada pelajar cemerlang akademik mahupun Kokurikulum untuk menarik minat mereka melanjutkan pelajaran  ke luar negara. Pelajar telah di bawa melawat ke dua buah universiti terkemuka di kota London iaitu, Imperial College of London dan London School of Economic and Political Science. Pelajar telah di bawa melawat sekitar kampus dan berpeluang beramah mesra dengan pelajar yang menunutut di sana. Ia merupakan pengalaman paling berharga buat semua pelajar SK Sena ketika kunjungan ke sana.

Baca seterusnya: Sena di Kota London

Karnival Saintis Muda 2016

Pada 18 Mei 2016 yang lalu, telah diadakan Karnival Saintis Muda anjuran Panitia Sains dengan kerjasama PSS SK Sena. Karnival ini diadakan untuk mencungkil bakat di kalangan para murid untuk menghasilkan produk berkaitan yang mempunyai unsur kreatif dan inovatif. Sebanyak 18 kumpulan yang terdiri daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 telah mengambil bahagian dalam karnival ini. Masing-masing mempersembahkan produk yang dicipta di hadapan 4 orang juri iaitu Ketua Juri; Puan Norzaihan Abdullah, Cik Siti Sofiah Bt. Abdullah, Cik Azizah Bt. Hamzah dan Puan Norizah Bt. Mustaffa.

Baca seterusnya: Karnival Saintis Muda 2016

Lawatan Penanda Aras SK Bukit Meriam ke SK Sena

Pada 20 Mei 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sena  menerima lawatan penanda aras daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Kedah. Menurut Guru Besar SK Bukit Meriam, Encik Azizi B Omar, lawatan tersebut diadakan untuk memberikan pendedahan dan menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan guru-guru SK Bukit Meriam, dan kedudukan SK Sena sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan di negeri Perlis telah menjadi salah satu faktor yang mendorong beliau mengadakan lawatan berkenaan.
 
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat SK Sena yang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sena, En. Jafri B Othman. Para pelawat kemudiannya telah dibawa melihat operasi persekolahan di sekitar kawasan SK Sena.  Di akhir lawatan, satu jamuan ringan telah disediakan untuk semua yang hadir.
 
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan mengadakan lawatan ke sekolah kami. Semoga hubungan yang dibina daripada lawatan berkenaan kekal berpanjangan.

Program Perjumpaan Waris Murid LINUS 2016

Pada 19 Mei 2016 yang lalu, bertempat di Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Sena telah diadakan satu perjumpaan waris murid LINUS 2016. Tujuan program ini dilaksanakan untuk menerangkan kepada ibu bapa atau waris tentang Program Linus yang dijalankan di sekolah. Pn Ida @ Jannyah mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa atau waris ke perjumpaan tersebut. Harapan beliau ibubapa/waris dapat memberikan kerjasama bagi membantu anak-anak di rumah supaya dapat mengurangkan bilangan murid linus.

Pn Habsah telah menerangkan tentang  konstruk-konstruk dalam Literasi Bahasa Melayu dan Numerasi yang perlu dikuasai murid. Manakala Pn Rina Maleney pula menerangkan tentang konstruk-konstruk dalam Literasi Bahasa Inggeris. Tujuannya adalah untuk memudahkan waris atau ibu bapa bagi membimbing anak-anak di rumah ke arah memantapkan lagi penguasaan murid-murid dalam konstruk yang belum mereka kuasai.

Perjumpaan ini mendapat sambutan yang positif daripada ibubapa yang hadir. Mereka bersedia membimbing anak-anak di rumah. Perjumpaan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers