Sekolah Kebangsaan Sena

Sambutan Hari Guru 2016 Guru Pembina Negara Bangsa

Pada 16 Mei 2016, acara sambutan Hari Guru peringkat sekolah dimulakan dengan perarakan masuk  barisan para pentadbir dan semua guru ke Dataran Sena yang diiringi paluan kompang. Pengacara majlis sempena Hari Guru peringkat sekolah adalah Puan Rafizah Abd. Rashid, yang dibantu oleh wakil murid iaitu Mohd Qhalif Azzariq dan Nur Raihana.  Semua hadirin diminta berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah. Para guru turut menyanyikan lagu tema hari guru pada tahun ini, lagu Kami Guru Malaysia dan membaca ikrar  yang diketuai oleh PK Kokurikulum, En. Shamsul B. Shuib. Seterusnya , bacaan doa oleh Ustaz Kamazya dan diikuti bacaan teks ucapan  Menteri Pendidikan dan KPPM oleh Ustaz Zuhairi dan En. Azmi . Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar; En. Jafri B. Othman, ucapan oleh En. Arizal selaku wakil PIBG dan ucapan Ketua Pengawas Sekolah selaku wakil murid.

Hadirin dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti persembahan tarian murid-murid Pra Sekolah, persembahan angklung, nyanyian lagu bertemakan hari guru oleh murid-murid kelas 5 dan 2A.

Di samping itu juga, Anugerah Guru Popular turut diadakan di mana nama-nama guru telah dicalonkan oleh para murid itu sendiri. Tuan Guru Besar, En Jafri Othman telah menyampaikan hadiah kepada guru-guru yang memenangi anugerah iaitu En. Kamazya Ahmad telah memenangi Anugerah Guru Paling Glamor dan Guru Paling Lawak, En. Zuhairi telah memenangi Anugerah Guru Paling sporting, En. Mohd Zaidi Omar telah memenangi Anugerah Guru Paling Garang dan Pn. Nursyuhadah Abdulah telah memenangi Anugerah Guru Penyayang. Seterusnya majlis diteruskan dengan pemberian hadiah kepada barisan pentadbir dan semua guru oleh Badan Pengawas Sekolah. Murid-murid yang membawa hadiah diminta berbaris dan memberikan hadiah mereka kepada para guru sebelum bergerak ke kantin.

Selepas rehat, acara sukaneka untuk semua guru bermula. Terdapat 6 kumpulan dan sebanyak 3 acara dijalankan iaitu acara baling belon berisi air, permainan tuju bola dan tarik upih. Acara sukaneka ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Murid-murid juga turut diraikan oleh  oleh pihak PIBG dengan mengedarkan mereka aiskrim sebelum pulang.

Pada sebelah petang,berlangsung aktiviti gotong-royong untuk persiapan jamuan untuk semua guru dan  ahli keluarga. Guru-guru lelaki menyusun meja dan kerusi serta menyediakan tempat untuk majlis pada malam nanti. Manakala, guru-guru perempuan membuat persediaan untuk hidangan bihun sup .

Sambutan hari guru diteruskan lagi pada malamnya. Semua guru hadir bersama dengan ahli keluarga masing-masing. En. Shamsul selaku pengacara majlis pada malam tersebut. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar dan diikuti oleh majlis memotong kek yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kangar. Turut diadakan acara cabutan bertuah dan pertukaran hadiah sesama guru. Seterusnya, jamuan makan untuk semua hadirin. Pelbagai hidangan disediakan termasuklah bihun sup, nasi jagung berserta ayam masak merah, yong tau fu, kuetoew goreng, laici kang, sate dan hidangan pencuci mulut. Majlis jamuan berakhir kira-kira jam 10.30 malam.

 

Product Innovation and Creativity Competition ( PICC) 2016

Pada 5 Mei 2016, Pasukan Inovasi Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai 'Product Innovation and Creativity Competition' (PICC) 2016 bertempat di Dataran Dato' Syeikh Ahmad Kangar, Perlis. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh salah sebuah Kolej Kediaman UniMAP.

Sekolah Kebangsaan Sena telah mempertandingkan 3 produknya iaitu Smart School Bag dan pembentangnya ialah adik Tengku Harith Bin Tengku Mahmud, adik Rafiz Jazman Bin Rafizal dan adik Muhammad Luqman Farish Bin Khairel Rafezi, manakala Smart Chopsticks dan pembentangnya ialah adik Anis Wong Bt Danial Wong dan adik Nur Raihana Bt Mohd Redzuan dan bagi produk Universal Reminder pula pembentangnya ialah adik Shautul Wafie Bt Arizal, adik Farah Natasha Bt Rosli, adik Nurul Nisa Najla Bt Ismail dan adik Musfirah Amalin Bt Mohd Lothefi. Guru pengiring yang terlibat ialah Cik Azizah Bt Hamzah. Setelah keputusan diumumkan, Smart School Bag telah meraih pingat emas dan Romania Special Award, Universal Reminder meraih pingat perak, manakala smart chopsticks meraih pingat gangsa.

Pemilihan ketiga-tiga produk ini untuk bertanding adalah berdasarkan keputusan Program Sena Sciece Fair  anjuran Sekolah Kebangsaan Sena yang telah diadakan pada Januari lalu. Pertandingan ini berjalan dengan lancar dan memberi impak yang positif kepada para peserta yang bertanding.

Gula Perlis Open Chess Challenge 2016

Pada 30 April 2016, telah berlangsung Gula Open Chess Challenge 2016 anjuran MSM Perlis Sdn. Bhd bertempat di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis. Sekolah Kebangsaan Sena juga tidak ketinggalan untuk turut sama menyertai cabaran tersebut. 

Seramai 13 orang peserta telah menyertai ‘Gula Perlis Open Chess Challage 2016’. Mereka terdiri daripada murid tahun 3, 5 dan 6 yang mempunyai pengalaman dalam pertandingan catur sebelum ini. Salah seorang peserta iaitu Nureen Adilea Bt Mohd Zaini telah mendapat tempat ke 9 kategori murid Sekolah Rendah Perempuan . Beliau menerima sijil penghargaan, wang tunai RM20.00 dan pingat. Manakala peserta lain mendapat sijil penghargaan dan cenderahati.

Karnival Dakwah Peringkat Negeri Perlis 2016

Pada 23 April 2016, bertempat di Sekolah Menengah Arau, Perlis telah berlangsung Karnival Dakwah Peringkat Negeri Perlis 2016 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Sehubungan dengan itu, Muhamad Farihin Hadif bin Muhamad fauzan dari Sekolah Kebangsaan Sena telaterpilih mewakili PKP Kangar dalam pertandingan Bercerita Lelaki. Adik Muhamad Farihin Hadif telah meraih saguhati dalam pertandingan tersebut.

Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Perlis 2016

Pada 22 hingga 24 April 2016, 2 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Perlis 2016. Mereka yang terlibat ialah adik Muhammad Hafiy Imran bin Othman dan adiknya, adik Nur Adriana Syahirah binti Othman.

Adik Muhammad Hafiy Imran bin Othman telah berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun manakala adik beliau, Nur Adriana Syahirah binti Othman pula berjaya meraih pingat perak kategori Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun. Kejohanan ini telah disertai oleh peserta-peserta dari sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Perlis.

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers