Sekolah Kebangsaan Sena

KEJOHANAN HOKI MSSPs PERINGKAT NEGERI 2016

Pada 19 hingga 21 April 2016, pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Sena telah meyertai pertandingan hoki Majlis Sukan- sukan Perlis (MSSPs) yang telah berlangsung di SMK Kuala Perlis. Seramai 16 peserta pelajar telah mengambil bahagian bersama 2 orang guru pengiring.

Para pemain telah menampilakn permainan yang baik namun, kejayaan tidak memihak kepada pasukan SK Sena. Pasukan SK Sena telah mencatat kedudukan seri 0-0 sebanyak 3 perlawanan justeru tidak melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

KANGAROO MATH COMPETITION (KMC) 2016

Pada tahun 2016 merupakan tahun ke 3 Sekolah Kebangsaan Sena mengambil bahagian dalam KANGGAROO MATH COMPETITION (KMC) di bawah aktiviti BITARA MATEMATIK.Penyertaan semakin meningkat dari tahun ke tahun.Pada 2014 seramai 24 orang  pelajar mengambil bahagian ,2015 seramai 77 orang mengambil bahagian dan pada tahun ini seramai 114 orang mengambil bahagian.Hadiah pertandingan dalam bentuk medal iaitu gold, silver dan Bronze medal. Keputusan bagi tahun 2016 belum diumumkan.

Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia

Pada 13 hingga 18 Mac, bertempat di Empangan Timah Tasoh Perlis telah berlangsung Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Sekolah Kebangsaan Sena telah menghantar 3 orang pelajar ke pertandingan tersebut, mereka ialah Nur Adlina Nasreen bt Mohd Nasri dan Nur Faradiba Balqyss bt Mohammed Muhairis.

Pertandingan ini melibatkan  peserta – peserta dari seluruh Malaysia. Peserta dari Sk Sena merupakan wakil dari negeri Perlis.

Pelancaran Program Nilam Sekolah Kebangsaan Sena 2016

Pada 10 Mac 2016, bertempat di Dataran Sena telah diadakan Majlis Pelancaran Program Nilam peringkat Sekolah Kebangsaan Sena yang melibatkan semua murid dan guru. 

Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu.Disamping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira usia.NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Tokoh Nilam pada tahun ini diberikann kepada dua kategori iaitu kategori Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris. Pengiktirafan NILAM diberi kepada murid yang banyak membaca dan mencapai taraf yang ditetapkan setiap tahun bagi menarik minat membaca dalam kalangan murid dan warga sekolah.

Kedah Junior Tennis Monthly Medal Championship 2016

Pada 5 Mac 2016, bertempat di SP Club, Sungai Petani telah berlangsung Kedah Junior Tennis Monthly Medal Championship 2016. Dua orang wakil pelajar dari Sekolah Kebangsan Sena telah menyertai pertandingan tersebut, mereka ialah adik Muhammad Hafiy Imran bin Othman kategori Boys 10 & U dan adik Nur Adriana Syahirah binti Othman Kategori Girls 14 & U.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Tenis Kedah Darul Aman. Kejohanan ini diadakan pada setiap bulan. Pencapaian untuk kedua-dua peserta dari Sekolah Kebangsaan Sena ini ialah kategori Boys 10 & U  Muhammad Hafiy Imran bin Othman telah meraih naib johan dan kategori Girls 14 & U Nur Adriana Syahirah binti Othman  layak ke pusingan separuh akhir.

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers