Sekolah Kebangsaan Sena

Kejohanan Badminton MSSPs 2016

Pada 28 Januari hingga 4 Februari 2016 2 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai Kejohanan Badminton MSSPs 2016 Dewan Rakan Sukan, MSN Perlis. 2 orang pelajar tersebut ialah adik Aaisar bin A'amar dan adik Muhammad Danish bin Abdel Mohsin.  Muhammad Danish bin Abdel Mohsin berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Abi dan MSSPs untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia badminton. Ia melibatkan semua sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Perlis.

Majlis Tadarus Al Quran peringkat kawasan Kangar

Pada 27 Februari 2016, Sektor Pendidikan Islam Negeri Perlis telah menganjurkan Majlis Tadarus Al Quran peringkat kawasan Kangar yang bertempat di SRK Seri Indera. Sebanyak lapan buah sekolah kawasan pendidikan Kangar telah menyertai majlis Tadarus al Quran ini. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang.Acara yang dipertandingkan adalah seperti acara nasyid, tilawah al-Quran, hafazan, bercerita kisah-kisah al-Quran dan kuiz. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Perlis.

Sekolah Kebangsaan Sena telah berjaya meraih Johan bagi kategori bercerita lelaki, naib johan bersecerita perempuan, naib johan hafazan perempuan, tempat ketiga hafazan lelaki dan tempat ketiga kuiz.

Program DAMAT ( Dam Matematik)

Pada 22 Februari 2016, Bitara Matematik Sekolah Kebangsaan Sena, telah menganjurkan Program DAMAT ( Dam Matematik) dengan kerjasama dari UniMAP. Fokus utama program ini  adalah untuk memperkenalkan bahan bantu mengajar matematik dalam bentuk permainan dam disamping memperkenalkan inovasi dalam matematik.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut adalah teknik penggunaan dan tatacara permainan dam matematik. Setiap set DAMAT  mempunyai 5 peringkat. Setiap peringkat dipecahkab mengikut kategori lemah (peringkat 1&2), sederhana (peringkat 3&4) dan pintar (peringkat 4&5). Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan kumpulan yang Berjaya menjawab dengan pantas dan betul diberikan hadiah.

Peserta-peserta yang mengambil bahagian sangat teruja dengan aktiviti bermanfaat tersebut. 

The 13th KFC/NSC Langkawi, International Regatta Perdana 2016 & ASAF Sailing Cup 2016

Pada 27 hingga 31 Januari 2016, adik Nur Adlina Nasreen bt Mohd Nasri dari Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai pertandingan The 13th KFC/NSC Langkawi, International Regatta Perdana 2016 & ASAF  Sailing Cup 2016. 

Pertandingan tersebut melibatkan para peserta dari seluruh negara dan  juga peserta dari antarabangsa. 

Naib Johan Kejohanan Bola Tampar PKP Kangar

Pada 25 Januari 2016, Pasukan Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sena telah meraih naib johan dalam Kejohanan Bola Tampar PKP Kangar yang telah berlangsung di gelanggang bola tampar Sekolah Kebangsaan Bintong. Seramai 12 orang peserta lelaki dan 12 orang peserta perempuan telah mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut.

Pasukan perempuan telah berjaya meraih naib johan dalam kejohanan tersebut manakala pasukan lelaki memperolehi saguhati. Kejayaan tersebut secara tidak langsung nyata memberi impak yang positif kepada setiap peserta.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi PKP Kangar, En. Roslan Bin Yatim. 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers