Sekolah Kebangsaan Sena

Tempat ketiga dalam Kejohanan Sepak Takraw PKP Kangar 2016

Pada 12 dan 13 Januari 2016, Pasukan Sepak Takraw Sekolah Kebangsaan Sena telah meraih tempat ketiga. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari tersebut berlangsung di Dewan Terbuka SMK Syed Alwi. Kejohanan Sepak Takraw PKP Kangar 2016 berlangsung di Dewan Terbuka SMK Syed Alwi pada 12 dan 13 Januari 2016.

Pasukan SK Sena menduduki tempat ketiga bersama selepas tewas kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi pada peringkat separuh akhir. Penglibatan murid secara langsung nyata memberi impak yang positif kepada mereka yang terlibat.

Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2016)

Pada 2 hingga 6 Februari 2016, pasukan inovasi Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2016). Sehubungan dengan itu, 5 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tahun 4, 5, dan 6 bersama 2 orang guru pengiring telah menyertai pertandingan tersebut.

Pelajar yang mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut ialah,  Muhammad Qhalif Azariq bin Sahzan 6A, Najihah Humairah binti Mohd Najmuddin 5A, Muhammad Wafiq bin Mohd Irfan Hatim 4A, Miqhaeil Aiman bin Mohd Salahuddin 4A, dan Najidah Humairah binti Mohd Najmuddin 3A manakala guru pengiring pula ialah En. Roslan bin Yatim dan Cik Azizah Bt Hamzah.

Sebanyak 3 produk telah dihantar untuk penyertaan iaitu Master Cut, Smart Body Wash dan A Novel Bio-Based Rice Weevil Repellent (Bio-RiWeR). Ketiga-tiga produk telah memenangi Silver Medal.

Produk Master Cut telah memenangi Anugerah Khas dari Filipina. Manakala Produk A Novel Bio-Based Rice Weevil Repellent (Bio-RiWeR) telah memenangi Anugerah Khas dari Korea, Anugerah Khas dari Taiwan dan Anugerah Khas dari Filipina. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand.

Pada sesi sehari lawatan, murid dibawa melawat sekitar tempat menarik di Bangkok. Antara tempat yang dilawati adalah Floating Market, Wood Factory dan Samphran Elephant Ground & Zoo. Di Samphran Elephant Ground & Zoo murid berpeluang melihat pertunjukan buaya, silap mata dan pertunjukan gajah.

 

Minggu Transisi Tahun 1 2016

Pada 4 Januari 2016 merupakan tarikh penting bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berusia 7 tahun. Seawal jam 7 pagi mereka telah memenuhi perkarangan Dataran Sena untuk mengikuti hari pertama persekolahan anak-anak. Pelajar tahun 1 akan mengikuti Program Transisi selama 2 minggu. Seramai 135 orang murid dan 25 orang guru yang terlibat dalam program tersebut. 

Program ini dijalankan selama dua minggu mulai 4 Januari 2016 hingga 15 Januari 2016. Pada minggu pertama, aktiviti yang dirancang ialah murid berkenal mesra dengan rakan-rakan dan guru-guru yang mengajar mereka. Aktiviti suai kenal ini bertujuan menjalinkan hubungan baik antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Selain itu, murid juga dibawa melawat di persekitaran sekolah dan didedahkan dengan peraturan-peraturan supaya mereka dapat mematuhinya dengan baik.

Pada minggu kedua, murid menjalankan aktiviti yang melibatkan pergerakan motor kasar, pemupukan kumpulan, aktiviti bercerita, nyanyian dan aktiviti keagamaan. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan pergaulan mesra antara murid, bekerjasama dalam kumpulan serta mengembangkan potensi diri murid. Selain itu, murid juga diberi pendedahan tentang subjek yang diajar di samping menjalankan aktiviti membaca, menulis dan mewarna bagi memperkembangkan kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal serta sosio ekonomi.

Program Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh

SKIPGM - Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tanggal 31 Julai, 1 dan 2 Ogos 2015, telah berlangsung Program Inovasi Membina Kapal Terbang Kawalan Jarak Jauh. Program ini dikendalikan oleh dua buah Sekolah Kluster di negeri Perlis iaitu SK Sena dan SK IPGM. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis. Seramai 142 orang murid telah menyertai program ini. Mereka terdiri daripada murid tahun 3, 4 dan 5.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang aktiviti di luar kelas terutama dari segi teknikal pemasangan kapal terbang, melatih murid-murid dari segi ketahanan mental dan fizikal ketika melibatkan diri dalam aktiviti lapangan, dan meningkatkan kesedaran dengan aktiviti di lapangan agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif berkenaan aspek teknikal. Ia juga dapat memupuk nilai murni dalam diri setiap murid dalam aspek kerjasama di dalam kumpuan. Sepanjang tiga hari penglibatan mereka dalam program ini, jelas dilihat mereka selesa dan aktif dalam menumpukan perhatian dan memberi sepenuh kerjasama dalam membina kapal terbang kawalan jarak jauh masing-masing.

Baca seterusnya: Program Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh

Majlis Penutup Ehya' Ramadhan 2015

IMG-20150714-WA0015SK Sena - Panitia Pendidikan Islam SK Sena telah menganjurkan Majlis Penutup Ehya' Ramadhan 2015 pada tarikh 14 Julai 2015, hari Rabu dalam bulan Ramadhan yang lepas. Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga selesai jam 12.00 tengahari. Pihak Panitia telah menjemput Dato' Sahibus Samahah Dr. Muhd Asri Bin Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis untuk merasmikan majlis Khatam Al-Quran ini serta menyampaikan cenderahati kepada para pemenang acara-acara yang dipertandingkan dalam program Ehya' Ramadhan. Beliau telah memberi ucapan yan penuh dengan nasihat untuk semua hadirin.

Dalam majlis ini, kumpulan - kumpulan murid yang telah memenangi pertandingan nasyid membuat persembahan pertunjukan di hadapan murid dan guru. Guru dan staf yang telah mengambil bahagian dalam mengkhtam Al Quran sempena bulan Ramadhan ini juga telah diberi penghargaan dengan pemberian cenderahati.

 Guru besar SK Sena, Encik Roslan Bin Yatim mengucapkan tahniah kepada Panitia Agama Islam yang telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup Ehya' Ramadhan yang sangat berjaya ini. para pentadbir juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Sahibus Samahah Dr. Muhd Asri Bin Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis dan juga Jabatan Agama Negeri Perlis di atas kerjasama yang terbaik ini. Beliau berharap agar program seperti ini akan sentiasa diadakan bagi mengeratkan hubungan antara murid dengan guru.

IMG-20150714-WA0000  IMG-20150714-WA0005  IMG-20150714-WA0010  IMG-20150714-WA0016

IMG-20150714-WA0055  IMG-20150725-WA0005  IMG-20150725-WA0006  IMG-20150725-WA0004

IMG-20150714-WA0033  IMG-20150714-WA0042  IMG-20150725-WA0001  IMG-20150714-WA0013  IMG-20150715-WA0001

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers