Majlis Open House dan Karnival Asean di Songkhla Thailand
- Butiran
- Dikemaskini pada Jumaat, 10 Julai 2015 09:52
- Diterbitkan pada 10 Julai 2015
- Pengarang: Administrator
Songkhla, Thailand - SK Sena telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Perlis untuk mewakili negeri Perlis sempena Majlis Open House Anubansongkhla School dan juga meraikan Karnival Asean pada 2 - 4 Julai 2015 di Songkhla, Thailand. Objektif utama majlis ini ialah untuk mengeratkan lagi hubungan antara Negara Thailand dan Negara Malaysia. Beberapa buah sekolah dari Negara Malaysia dan Thailand telah dijemput untuk meraikan majlis ini. Sebanyak 4 orang guru pengiring beserta 15 orang pelajar telah hadir ke majlis ini diketuai oleh Guru Besar SK Sena iaitu En Roslan B Yatim.
Dalam majlis ini, SK Sena telah dijemput untuk membuat persembahan Angklung dan juga pameran produk inovasi. Pasukan Angklung SK Sena membuat persembahan pada malam pertama dan telah mendapat sambutan hangat dari para penonton. Persembahan ini juga mendapat pujian dari Timbalan Gabenor Songkhla. Produk - produk inovasi SK sena telah dipamerkan pada hari kedua dan telah dilawati oleh peserta-peserta majlis.
Guru Besar SK Sena, En Roslan B Yatim mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Perlis, Tuan Haji Roslee B Haji Ismail kerana telah memilih dan memberi peluang kepada pelajar - pelajar SK Sena untuk menyertai majlis ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Anubansongkhla School, Timbalan Gabenor Songkhla dan pihak-pihak lain yang telah memberi layanan istimewa kepada wakil dari SK Sena di sepanjang majlis ini. Guru Besar juga mengucapkan tahniah di atas persembahan hebat pasukan Angklung dan Inovasi serta terima kasih kepada kepada semua guru pengiring dan murid yang terlibat.
IFTAR TAHUN 6 RAMADHAN 2015
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 05 Julai 2015 14:35
- Diterbitkan pada 05 Julai 2015
- Pengarang: Administrator
SK Sena - Sekolah Kebangsaan Sena bersama dengan Panitia Agama yang diketuai oleh Ustaz Saifur Ridzwan telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk pelajar Tahun 6 pada 1 Julai yang lalu. Majlis ini juga mendapat kerjasama yang erat dari PIBG SK Sena. Selain dari berbuka puasa, majlis ini juga diselitkan dengan program motivasi bagi meningkatkan keyakinan pelajar Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Selepas solat maghrib, pelajar ditayangkan video ceramah bagi menunggu solat isyak dan terawih yang diimamkan oleh imam yang dijemput khas oleh PIBG. Ramai guru-guru juga turut hadir bagi memeriahkan majlis termasuk para pentadbir. Berbagai menu yang menarik telah disediakan termasuk ayam golek, sambal udang, rendang daging, kuih muih serta teh ais istimewa dari gerai Padang Behor.
Guru besar SK Sena, Encik Roslan Bin Yatim mengucapkan tahniah kepada Panitia Agama Islam yang telah berjaya menganjurkan majlis berbuka yang sangat berjaya ini. Beliau berharap agar program seperti ini akan sentiasa diadakan bagi mengeratkan lhubungan antara murid dengan guru dan juga ahli-ahli PIBG SK Sena.
SK SENA CATAT KEJAYAAN DI ICIC 2015
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 16 Mei 2015 22:23
- Diterbitkan pada 16 Mei 2015
- Pengarang: Administrator
UniMAP - Pasukan rekacipta Sekolah Kebangsaan Sena bersama produk mereka, Kids Compost dan Smart Carpet telah mencatatkan kejayaan cemerlang apabila meraih satu pingat emas dan satu pingat perak serta satu anugerah khas di Invention and Creativity Inter College” (ICIC) yang telah berlangsung pada 8 - 10 Mei yang lalu di Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Gani, Unimap, Wang Ulu, Perlis. Pasukan tersebut yang terdiri daripada enam orang murid Tahun 2, 3, 4 dan 5 telah berjaya memenangi satu Gold Medal melalui produk Kids Compost dan satu Silver Medal mealui produk Smart Carpet. Produk Kids Compost juga mendapat pengiktirafan para juri dengan mendapat anugerah The Best of Creativity.
Pertandingan yang terbuka kepada semua perekacipta muda ini julung – julung kali diadakan. Ianya telah mendapat sambutan yang hebat terutama sekali dari peserta – peserta antara kolej-kolej. Pasukan SK Sena yang menghantar 2 pasukan ini merupakan pasukan yang termuda dalam pertandingan tersebut.
Pihak Pentadbir mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri dalam pertandingan ini serta menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga guru – guru yang telah member tunjuk ajar kepada semua peserta.
SK SENA JOHAN CATUR PERINGKAT NEGERI 2015
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 16 Mei 2015 21:42
- Diterbitkan pada 16 Mei 2015
- Pengarang: Administrator
SMKA(P) - Penyertaan lapan orang murid SK Sena dalam Pertandingan Chess Peringkat Negeri Perlis di sini pada 28 hingga 30 April 2015 membuahkan kejayaan apabila seorang peserta telah muncul sebagai Johan Bahagian Lelaki Peringkat Negeri Perlis. Adik Sharley Hakimi dari Tahun 4 telah mengejutkan peserta – peserta lain dengan memenangi semua perlawanan. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh semua sekolah dari seluruh negeri Perlis.
Ketika bercakap kepada wartawan MEDIASENA, En. Ismadi Ramli yang merupakan salah seorang jurulatih merangkap guru pengiring menyatakan rasa teruja beliau atas kemenangan tersebut, dan mengharapkan agar mutu permainan para peserta SK Sena akan terus meningkat agar dapat mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Pihak Pentadbir mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam acara ini, serta menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan para peserta.
SK SENA JOHAN BERCERITA BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI 2015
- Butiran
- Dikemaskini pada Isnin, 27 April 2015 19:06
- Diterbitkan pada 27 April 2015
- Pengarang: Administrator
SMK Derma - Sekolah Kebangsaan Sena yang telah mewakili PKP Kangar dalam acara Bercerita Bahasa Inggeris bagi kategori murid perempuan telah menjadi johan Karnival KoAkademik Bahasa Peringkat Negeri Perlis yang telah berlangsung pada Ahad 26 April yang lalu. SK Sena yang diwakili oleh adik Najihah Humairah Bt Najmuddin dari 4 Omega telah berjaya menarik hati juri walaupun telah ditentang hebat oleh peserta-peserta dari PKP lain. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pendidikan Perlis.
Pihak pentadbiran mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus dalam melatih semua peserta yang terlibat. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada panitia Bahasa Inggeris yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang ini. Semoga tahun depan SK Sena akan menjadi wakil PKP Kangar bagi semua acara.