Sekolah Kebangsaan Sena

Kem Inovasi dan Robotik

R1UniMap, Sungai Chucuh - Sk Sena telah menyertai Kem Inovasi dan Robotik anjuran UniMAP pada 30 Januari sehingga 1 Februari 2015 di UniMAP Gungai Chucuh. Objektif utama kem ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknologi robotik. Sebanyak 9 buah sekolah kluster dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah dijemput untuk menyertai kem ini. Hanya 2 buah sekolah rendah Kluster Kecemerlangan yang dijemput iaitu SK Sena dan SK Putera. 

 

Pada hari pertama, peserta didedahkan dengan inovasi. Peserta didedahkan dengan cara mudah untuk mencipta sesuatu benda yang akan memudahkan kehidupan. Para peserta diminta untuk memilih satu produk yang sedia ada dan menanmbah bahagian yang akan membuatkan produk itu lebih mudah digunakan dan mempelbagaikan lagi kegunaan produk tersebut.  Peserta-peserta diminta membuat presentation dalam bentuk lakaran di hadapan peserta-peserta lain.

 Pada hari kedua, semua peserta telah didedahkan dengan robotik. ini merupakan pengalaman pertama lepada pelajar-pelajar dari Sk Sena. Para pelajar begitu teruja mengikuti penerangan yang telah disampaikan oleh para pegawai dari UniMAP. Para peserta telah didedahkan kepada jenis-jenis robot dan juga pengaturcaraan untuk menjalankan fungsi bahagian-bahagian robot. Setiap sekolah telah dibekalkan dengan bahagian-bahagian robot dan diminta untuk memasang dan dimasukkan program yang diperlukan supaya robot tersebut boleh berfungsi. Semua peserta dan guru begitu teruja untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kerana pertandingan akan diadakan pada hari ketiga.

Pihak pentadbiran mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak UniMAP kerana telah menganjurkan kem yang sangat berguna ini. Beliau turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan SK Sena dalam kem ini.

R7   R5  R3

"

 

Kejohanan Merentas Desa 2015

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Sena telah berlangsung dengan meriah pada 31 Januari 2015. Program tersebut yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua murid Tahun 3 hingga 6 yang beradaRD1 dalam 6 buah rumah sukan, iaitu Mutiara, Nilam, Berlian, Zamrud, Intan dan Delima. Setiap murid yang mendapat tempat pertama hingga tempat ke-25 untuk setiap aliran dan jantina layak menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Kejohanan tahun ini dimenangi oleh rumah sukan Intan dan diikuti rapat oleh rumah sukan Nilam dengan perbezaan 1 mata terkumpul.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik melibatkan semua guru dan murid yang hadir. Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Shamsul bin Shuib kepada para peserta untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap checkpoint mengambil tempat, para peserta dilepaskan mengikut aliran, bermula dengan murid-murid Tahun 3, diikuti oleh murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, di mana semua peserta yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ke-10 dalam kategori masing-masing telah menerima pingat kejohanan. Piala Pusingan pula telah disampaikan kepada Ketua Rumah Sukan yang berjaya menjadi Johan. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Kejohanan Merentas Desa SK Sena 2015. Di akhir program, satu jamuan telah diadakan untuk meraikan guru-guru yang bertukar keluar, dan guru-guru yang berpindah masuk ke SK Sena pada awal tahun 2015.

 RD2   RD6      

 RD5   RD4

Kejohanan Bola Jaring PKP Kangar 2015 di SK Sena

N1SK Sena - Pada 29 dan 30 Januari yang lalu telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring peringkat PKP Kangar dan SK Sena telah menjadi tuan rumah. Sebanyak 9 buah sekolah dalam PKP Kangar kecuali SJK(C) Khoon Aik telah mengambil bahagian. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini telah dimenangi oleh SK Seri Perlis. SK Behor Empiang telah muncul sebagai naib johan. Pasukan SK Sena yang telah dilatih oleh Cik Siti Sofiah dan guru - guru lain telah mendapat tempat ke 3. Latihan pasukan SK Sena juga telah dibantu oleh ibu bapa.pasukan SK Sena juga telah dibantu oleh ibu bapa. Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang diketuai oleh Encik Roslan B Yatim selaku pengerusi PKP Kangar.

Pihak pentadbiran ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Jaring SK Sena di atas kejayaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

N2    N3   N4   N6

Kecemerlangan Kebitaraan

Assalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Sena. Sejak penubuhannya 22 tahun yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sena bertekad bukan sahaja untuk terbilang dalam usaha menjana dan menyebarkan ilmu pengetahuan tetapi juga dalam menjunjung tinggi bidang perguruan.

 Tahun 2014 menyaksikan kejayaan Sekolah Kebangsaan Sena sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia menjalankan pelbagai program kebitaraan sebagai usaha SK Sena meningkatkan kecemerlangan. Bitara ICT SK Sena atau dikenali sebagai S.E.N.A CyQUEST, contohnya, telah Berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri dan juga Negara di peringkat antarabangsa dengan pelbagai anugerah yang diraih. Sekolah Sena juga telah meraih 4 daripada tujuh anugerah Jalinan SKK-IPTA yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Bitara Lompat Tali, atau Sena Jumpers pula terus merebut pelbagai kemenangan, seperti yang telah dilakukan tahun demi tahun dan juga telah mencatatkan nama Sekolah Sena di Malaysia Book of Record dengan ‘The Longest Skipping Relay’. Bitara Matematik, atau GENIUS MATHS berjaya menghasilkan beberapa kumpulan Doktor Muda Matematik dan meraih kejayaan di beberapa pertandingan di peringkat kebangsaan.

Pelaksanaan program-program ini memerlukan komitmen, kerjasama dan usaha berterusan di kalangan warga SK Sena. Kami di SK Sena amat menghargai kesempatan, malah menjadi satu kejayaan besar kepada kami untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan lanjutan ini kepada murid-murid SK Sena. Hasil jaringan antara Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan universiti-universiti yang bertindak sebagai panel penasihat, khususnya Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sains Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Perlis, program-program kebitaraan 2016 akan dapat dilaksanakan dengan lancar, yang akhirnya membawa begitu banyak manfaat kepada warga sekolah.

Bagi kami di SK Sena, sasaran utama menjalankan apa juga program dan aktiviti ialah untuk menghasilkan impak yang tinggi kepada kumpulan sasaran bagi setiap program, sama ada guru mahupun murid. Budaya kerja yang diamalkan dalam usaha untuk menjayakan program-program kebitaraan, malah semua program sekolah secara umumnya, menjurus ke arah piawaian Sekolah Berprestasi Tinggi, selaras dengan visi SK Sena, Sekolah Kebangsaan Sena dari Sekolah Kluster Kecemerlangan ke Sekolah Berprestasi Tinggi.

Akhir kata, harapan saya ialah agar semua pihak di SK Sena menjadikan kejayaan-kejayaan yang telah kita kecapi, dan usaha-usaha yang telah kita curahkan sebagai batu loncatan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi secara berterusan. Saya juga berharap agar impian seluruh warga Sena untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi akan menjadi kenyataan pada tahun 2017 ini. Semoga amalan kita hari ini menjadi legasi dan inspirasi kepada generasi SK Sena yang akan datang.

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 Saya yang menurut perintah,

JAFRI BIN OTHMAN

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena


 

SK Sena Raih 2 Emas, 1 Perak dan Anugerah Khas Di Taiwan

t2KAOHSIUNG, TAIWAN - Pasukan rekacipta Sekolah Kebangsaan Sena bersama produk mereka, Keep Clippin, Easy Socket Safe dan 3R KIds Stool mencatatkan kejayaan cemerlang apabila meraih tiga anugerah dalam Kaohsiung International Invention Exhibition 2014 yang telah berlangsung pada 19 - 21 Disember yang lalu di International Convention Centre di sini. Pasukan tersebut yang terdiri daripada enam orang murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah berjaya memenangi 2 Gold Medal melalui 3R Kids Stool dan Keep Clippin, 1 perak melalui Easy Socket Safe serta dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas dari Kerajaan Hong Kong untuk 3R Kids Stool dan Anugerah Khas dari Kerajaan Thailand untuk SK Sena. Produk Keep Clippin juga telah meraih Anugerah Khas iaitu International Youngest Inventor Award.

Baca seterusnya: SK Sena Raih 2 Emas, 1 Perak dan Anugerah Khas Di Taiwan

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers