Sekolah Kebangsaan Sena

Hari Anugerah Sena Cemerlang 2014

IMG 4867DEWAN KAPITOL UniMAP, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah menganjurkan Majlis Hari Anugerah Sena Cemerlang tahun 2014 melibatkan sekitar 250 orang guru, murid dan ibu bapa di sini pada 19 November yang lalu. Majlis tersebut yang diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid SK Sena yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang menampilkan sijil dan hadiah untuk kategori-kategori seperti pencapaian cemerlang dalam matapelajaran dan kedudukan dalam kelas, Anugerah Budi Pekerti Mulia, Tokoh Murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah, serta Anugerah Kecemerlangan Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pada masa yang sama, beberapa anugerah khas turut disampaikan, iaitu Anugerah Kecemerlangan UPKK peringkat negeri Perlis dan Tokoh Kebitaraan Kluster. Selain itu, beberapa persembahan turut disampaikan oleh murid-murid SK Sena yang telah memeriahkan lagi majlis, antaranya persembahan bicara berirama, persembahan angklung oleh Kelab Seni dan Kebudayaan dan nyanyian solo oleh adik Muhammad Irfan.

Baca seterusnya: Hari Anugerah Sena Cemerlang 2014

Kejohanan Lompat Tali Terbuka Johor

Lt5 Pasir Gudang, Johor - Pasukan Lompat Tali SK Sena telah mendapat tempat ketiga, keempat dan kelima dalam pertandingan Lompat Tali Terbuka Negeri Johor yang diadakan pada 9 November 2014 yang lalu. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Lompat Tali Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Lompat Tali Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan FIT Malaysia. Pertandingan yang berlangsung di Athrium Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang ini telah terbahagi kepada kategori Junior dan Remaja. Kategori Junior telah disertai oleh pasukan dari Perlis, Pulau Pinang dan Johor manakala untuk kategori Remaja pula disertai oleh pasukan dari Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor. 

Baca seterusnya: Kejohanan Lompat Tali Terbuka Johor

Perkhemahan Badan Beruniform 2014

SK Sena, Kangar - Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sena telah menganjurkan satu perkhemahan badan beruniform di Sekolah Kebangsaan Sena pada 31 Oktober hingga 2 November yang lalu. Perkhemahan tersebut telah disertai oleh murid-murid Tahap 2 seramai hampir 135 orang yang mewakili badan beruniform masing-masing yang terdiri daripada Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam.

 

Perkhemahan tersebut memaparkan beberapa aktiviti yang dijalankan untuk membina jatidiri dan disiplin, serta menimbulkan kesedaran dalam diri peserta. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah latihan kawad kaki, beriadah, nightwalk, blindtrail, ikhtiar hidup, bantu mula, latihan ikatan, sesi motivasi dan persembahan kebudayaan. Semua acara tersebut telah dijalankan oleh para fasilitator yang dijemput dari IPG Perlis beserta dengan guru - guru.

Baca seterusnya: Perkhemahan Badan Beruniform 2014

Lawatan Staf Ke Taman Negara Dan Kuala Lumpur

110     Staf Sekolah Kebangsaan Sena telah membuat lawatan ke Taman Negara Pahang dan juga Kuala Lumpur semasa cuti Deepavali melibatkan seramai 22 orang staf beserta keluarga pada 19 - 22 Oktober 2014. Lawatan tersebut bertujuan untuk merehatkan minda setelah bertungkus lumus dengan aktiviti - aktiviti sekolah selama hampir setahun.

Baca seterusnya: Lawatan Staf Ke Taman Negara Dan Kuala Lumpur

SK Sena Cemerlang di AKJ SKK-IPTA 2014

skkgb

Dewan Za'ba, Putrajaya - Sekolah Kebangsaan Sena mencatat sejarah apabila merangkul 4 anugerah dalam Anugerah Kecemerlangan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan Dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (AKJ SKK-IPTA) 2014 yang diadakan pada 20 Oktober 2014. Anugerah yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Sekolah - Sekolah Kluster Kecemerlangan yang telah berjaya menjalinkan kerjasama yang berkesan dalam menjalankan program - program bersama dengan Institusi - Institusi Awam Malaysia. SK Sena telah menjalinkan kerjasama yang begitu erat denagn UniMap. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama. SK Sena juga telah menjalinkan kerjasama dengan USM, UPSI, IPGM serta UiTm.  SK Sena telah menerima Anugerah Jalinan Pengkomersilan, Anugerah Tokoh Jalinan Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan, Anugerah Jalinan Amalan Terbaik dan Anugerah Jalinan Kemasyarakatan. Hadiah-hadiah berupa wang tunai bernilai RM 3,500.00, trofi dan sijil penyertaan. 

Baca seterusnya: SK Sena Cemerlang di AKJ SKK-IPTA 2014

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers