Sekolah Kebangsaan Sena

Kejohanan Balapan dan Padang 2014

                                 SK SENA, Kangar - Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Sena 2014 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan selama tiga hari mulMustai 15 Oktober yang lalu. Kejohanan tersebut menyaksikan pelbagai acara dipertandingkan seperti acara-acara balapan 100m, 200m dan lari berganti-ganti 4 x 100m, 4 x 200m serta acara-acara padang, antaranya lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Antara kelainan yang ditampilkan dalam format pertandingan tahun ini, selain melibatkan semua murid dari Prasekolah hingga Tahun 6 ialah pelaksanaan pertandingan yang menumpukan kepada persaingan mengikut aliran (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan seterusnya), berbanding mengikut tahap (Tahap 1 dan Tahap 2) seperti yang diamalkan sebelum ini. Selain membolehkan lebih ramai murid mengambil bahagian, kaedah pelaksanaan tersebut dilihat telah dapat meningkatkan tahap persaingan yang sihat sesama murid, selain menonjolkan bakat-bakat baru dalam acara-acara balapan dan padang di SK Sena.

Baca seterusnya: Kejohanan Balapan dan Padang 2014

Longest Distance Skipping Relay

Sekolah Kebangsaan Sena menganjurkan satu acara Lompatan Tali sepanjang 100km pada Sabtu 11 Oktober 2014. Acara ini akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai lompatan terjauh di Malaysia. Lompatan ini disertai oleh 400 peserta bersama dengan 52 orang petugas.

Baca seterusnya: Longest Distance Skipping Relay

Pelancaran Festival Konvokesyen UniMAP 2014

En. Roslan bergambar bersama para penerima sumbangan buku Kumpulan Media Karangkraf dan tetamu kenamaan dalam Majlis Pelancaran FestKon UniMAP 2014.UniMAP, Pauh Putra - Majlis Pelancaran Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (FestKon) Ke-9 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Boulevard kampus induk universiti tersebut di sini pada 23 September 2014. Majlis tersebut yang telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Canselor UniMAP turut dihadiri oleh DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro-Canselor UniMAP; YAB Dato' Sri Azlan Man, Menteri Besar Perlis; YBhg Brig Jen Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP serta tetamu jemputan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Baca seterusnya: Pelancaran Festival Konvokesyen UniMAP 2014

Pingat Perak ComIIC 2014

Rifqie Aiman dan Nur Raihana membentangkan idea produk mereka kepada para juri dalam ComIIC 2014 di UiTM Perlis.UiTM Perlis - Sekolah Kebangsaan Sena mencatatkan kejayaan cemerlang sekali lagi melalui program inovasi antarabangsa EYReC-MINDS Young Researchers Club apabila berjaya meraih Pingat Perak dalam pertandingan pembentangan idea inovasi Commercialization, Innovation and Idea Competition (ComIIC) 2014 anjuran Universiti Teknologi Mara Perlis di sini pada 17 September 2014. Program tersebut memerlukan setiap peserta membentangkan idea produk masing-masing kepada para juri profesional dan jemputan secara lisan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris tanpa sebarang bantuan visual selama 5 minit dan tambahan 3 minit untuk sesi soal-jawab.

Baca seterusnya: Pingat Perak ComIIC 2014

Pengukuhan Bahasa Inggeris Melalui Teater

Cik Normah membimbing murid-murid menggayakan frasa Bahasa Inggeris untuk persembahan dalam majlis penutup bengkel Bahasa Inggeris Melalui Teater di SK Sena.SK SENA, Kangar - Program pengukuhan Bahasa Inggeris melalui teknik latihan dan penyampaian teater telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sena pada 15 - 17 September 2014 melibatkan sehingga 30 orang murid Tahun 4 dan 5. Bengkel tersebut yang menumpukan kepada meningkatkan minat murid untuk mempelajari dan mengamalkan Bahasa Inggeris melalui kaedah-kaedah dan menyeronokkan dikendalikan oleh Cik Normah Nordin (AMN), seorang penggiat seni tanah air yang pernah berkhidmat sebagai pengarah, pelukis dan jurulatih lakonan kepada pelakon-pelakon ternama di Malaysia.

Baca seterusnya: Pengukuhan Bahasa Inggeris Melalui Teater

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers