Sekolah Kebangsaan Sena

Virus, Cecacing dan Trojan di SK Sena

Ancaman keselamatan siber bukan satu perkara yang boleh diambil mudah dalam dunia perkomputeran hari ini., terutamanya jika anda merupakan salah seorang pengguna sistem operasi paling terkenal di dunia, Microsoft Windows. Memetik statistik pengesanan yang dilakukan oleh Kaspersky Lab, pengeluar perisian antivirus Kaspersky Anti-Virus daripada laman web mereka, http://www.viruslist.com/en/analysis?pubid=204792052#9 pada 29 Januari 2010:-

In 2008, Kaspersky Lab detected malicious programs for 46 different platforms and operating systems. Naturally, most such programs are written for the Win32 environment and are executable binary files.”

Pada tahun 2008, Kaspersky Lab telah mengesan program-program berbahaya untuk 46 platform dan sistem operasi yang berlainan. Seperti biasa, kebanyakan program tersebut ditulis untuk persekitaran perkomputeran Win32 (Windows) dan merupakan fail binari untuk pelaksanaan komputer.”

Salah satu perkara yang menyebabkan Windows lebih mudah dijangkiti berbanding sistem-sistem operasi lain yang digunakan di SK Sena (khususnya GNU/Linux dan Mac OS X) ialah amalan memberikan akses kepada akaun “Administrator” kepada pengguna. Tidak terlalu mengejutkan, kerana sehingga hari ini masih terdapat beberapa program yang digunakan dalam Windows di SK Sena masih memerlukan pengguna menjadi “Administrator” atau pentadbir sistem, sedangkan aktiviti yang dijalankan dengan program-program berkenaan langsung tidak ada kena-mengena dengan sistem itu sendiri. Hanya beberapa program pentadbiran seperti pengurusan maklumat warga sekolah dan perakaunan. Mengapa perisian-perisian tersebut diprogramkan sedemikian, merupakan satu tanda tanya.

GNU/Linux dan Mac OS X, pada dasarnya mempunyai sistem yang direka sejak awal lagi untuk mempunyai banyak akaun pengguna yang boleh dijalankan serentak. Rekaan yang seperti ini menyebabkan semua, atau kebanyakan program yang digunakan oleh pengguna biasa tidak akan memerlukan sebarang akses kepada akaun pentadbir sistem, dengan itu menghadkan kerosakan kepada sistem jika berlaku sebarang jangkitan sekalipun. Data dan bahan milik pengguna tersebut mungkin rosak, tetapi sistem komputer akan kekal selamat. Dengan jumlah virus yang terlalu kecil, malah hampir tidak wujud untuk sistem-sistem ini, kerosakan data dan bahan pengguna disebabkan virus juga sebenarnya hampir tidak mungkin berlaku. Penyebab yang lebih berkemungkinan untuk membawa kerosakan dalam hal ini, ialah kecuaian pengguna itu sendiri.

Amalan memberikan akses “Administrator” kepada pengguna Windows, seperti yang disebutkan tadi, kini dilihat semakin berkurangan sejak Microsoft memperkenalkan User Account Control (UAC), atau Kawalan Akaun Pengguna dalam Windows Vista, dan kini diteruskan dalam Windows 7. Namun begitu, dua perkara di SK Sena menyebabkan UAC tidak dapat digunakan secara berkesan dalam kalangan guru dan staf:-

  1. Kebanyakan komputer Windows di SK Sena masih lagi menggunakan Windows XP, di mana konsep UAC masih belum diperkenalkan. Untuk menaiktarafkan semua sistem tersebut kepada Windows Vista atau Windows 7 memerlukan kos yang tinggi, dan bukan satu pilihan buat masa ini.

  2. Sebahagian sistem pentadbiran dan pengurusan yang disebutkan tadi perlu dijalankan dalam Windows XP, atau memerlukan versi Office yang khusus, misalnya Microsoft Office 2003. Ini merupakan satu lagi faktor yang menghalang sebarang perubahan kepada sistem, misalnya peralihan sistem operasi daripada Windows kepada GNU/Linux. Penulis mengharapkan dengan tertubuhnya Pusat Dayasaing Sumber Terbuka (Open Source Competency Center, OSCC) di Cyberjaya di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia, sistem-sistem pentadbiran dan pengurusan ini akan dapat diusahakan untuk ditulis semula menggunakan bahasa pengaturcaraan berkonsepkan sumber terbuka seperti PHP dan SQL, dengan itu memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, sama ada untuk menggunakan sistem-sistem tersebut secara online mahupun standalone.

Jika anda merupakan seorang pengguna Microsoft Windows di SK Sena, jangan risau. Perkara tersebut bukanlah satu kehancuran segala-galanya. Masih terdapat beberapa langkah yang dapat anda ambil untuk mengurangkan risiko jangkitan pada komputer anda. Langkah-langkah tersebut digariskan di sini untuk perhatian anda, dan S.E.N.A CyQUEST juga boleh membantu anda untuk menjalankan langkah-langkah ini pada komputer anda:-

  1. Pastikan komputer anda mempunyai perisian anti-virus, dan pastikan juga perisian anti-virus tersebut sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Ini kerana virus-virus baru yang boleh menjangkiti Windows muncul setiap hari.
  2. Pastikan komputer anda mempunyai akaun pengguna terhad (limited user), dan sentiasa gunakan akaun limited user untuk semua tugasan, kecuali yang benar-benar memerlukan anda mengakses akaun pentadbir sistem. Semakin sedikit penggunaan akaun pentadbir, semakin selamat. Malah, anda juga boleh menjalankan sebahagian program yang memerlukan akses kepada akaun pentadbir tanpa perlu memasuki akaun berkenaan langsung. Dapat caranya daripada AJK CyQUEST berdekatan anda.

  3. Wujudkan kata laluan (password) yang selamat untuk akaun pentadbir sistem anda, agar tidak boleh digunakan oleh sesiapa secara sengaja ataupun tidak tanpa pengetahuan anda.

  4. Jika anda perlu memasuki akaun pentadbir sistem, bersihkan dahulu bahan-bahan tersembunyi dalam akaun pengguna terhad anda sebelum berbuat demikian. Ini agar program-program berbahaya yang bersembunyi dalam akaun pengguna terhad anda dapat dipadam terlebih dahulu. Antara kawasan yang perlu dibersihkan ialah:-

    • C:/Documents and Settings/<username>/Local Settings/Temp/
    • C:/Documents and Settings/<username>/Local Settings/Temporary Internet Files/
    • C:/Documents and Settings/<username>/Local Settings/History/
  5. Kurangkan, atau hentikan amalan memasang perisian permainan komputer yang dimuatturun dari Internet. Ini merupakan salah satu sumber utama jangkitan.

  6. Pastikan anda tahu sumber sesuatu perisian sebelum memasang perisian tersebut pada komputer anda. Perisian-perisian sumber terbuka yang dikenali ramai biasanya selamat untuk digunakan. Begitu juga dengan perisian-perisian yang sahih dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang terkenal, seperti Adobe, Sun Microsystems dan sebagainya.

  7. Biasakan diri anda untuk meneliti sesuatu fail untuk memastikan jenisnya sebelum membuka fail tersebut. Ini kerana sebahagian virus boleh meniru rupa fail biasa, seperti fail Microsoft Word. Sebaik sahaja anda membuka fail tersebut, virus akan mula merebak. Cara untuk meneliti jenis fail dapat diperolehi daripada AJK CyQUEST berdekatan anda.

Senarai langkah keselamatan penggunaan komputer ini bukanlah satu senarai yang menyeluruh. Ini kerana terdapat terlalu banyak cara untuk satu-satu virus memasuki sistem. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan kaedah penjagaan keselamatan yang ditemui.

Harapan penulis ialah agar pengguna komputer di SK Sena, khususnya pengguna Microsoft Windows akan dapat mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang disenaraikan, agar masalah-masalah yang timbul akibat jangkitan program-program berbahaya seperti virus, cecacing dan trojan dapat dikurangkan, seterusnya dihapuskan sama sekali. Apabila keadaan ini tercapai, pengguna akan mempunyai lebih banyak masa untuk bekerja dengan komputer masing-masing, dan masa untuk penyelenggaraan komputer akibat jangkitan (yang sebenarnya tidak diperlukan) dapat dikurangkan.

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers