Sekolah Kebangsaan Sena

Peluang dan Kesempatan di SK Sena

Dalam sesi temuramah bersama CyKidzCRAZE sempena lawatan Pejabat Pelajaran Daerah dan Majlis Guru Besar Kluang, Johor ke SK Sena pada hujung 2009 yang lalu, En. Hassan Sarkun, Guru Besar Cemerlang SK Seri Intan menyebutkan,

...yang penting kepada pelajar-pelajar di sini, ambil peluang yang sepenuhnya dengan kehebatan Guru Besar, pentadbir-pentadbir yang lain, (dan) guru-gurunya. Dan kamu di sini, pastikan kamu juga boleh menjadi pelajar yang paling cemerlang, gemilang...”

Petikan tersebut diucapkan ketika beliau memberi ulasan tentang SK Sena, dan taklimat pengurusan yang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sena sebelum sesi temuramah berkenaan. Yang tersirat daripada kata-kata beliau itu ialah banyaknya peluang yang tersedia di SK Sena untuk direbut oleh murid-murid dalam mencari kecemerlangan dan kegemilangan.

Sekolah Kebangsaan Sena, Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia terkenal dengan tiga bidang kebitaraan yang sedang mencari generasi pelapis untuk meneruskan kegemilangan rekod pencapaian masing-masing. S.E.N.A CyQUEST melalui program Mentor ICT telah pun mula menjalankan program latihan asas perkomputeran dan seni persembahan untuk 200 orang murid Tahun 3 dan 4. Mereka yang terpilih untuk sesi lanjutan daripada program tersebut pula akan dilatih dengan pelbagai kemahiran perkomputeran dan multimedia pada peringkat yang jauh lebih tinggi. Terpulang kepada anda, murid-murid sekalian, untuk merebut peluang mengisi borang penyertaan.

Sena Jumpers dan Sena Juniors, pasukan lompat tali SK Sena pula merupakan pasukan yang pernah memenangi kejohanan di peringkat Asia, termasuk yang diadakan di luar negara. Kejohanan kebangsaan pula pernah menjadi satu kelaziman. Kini, Jumpers sedang berusaha menandingi, malah meraih kejayaan melangkaui rekod tersebut. Pilihan untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang mengusahakan kejayaan itu, murid-murid sekalian, berada di tangan anda.

Dalam bidang kebitaraan Matematik pula, GENIUSMATHS menawarkan beberapa tempat untuk diisi dari semasa ke semasa, sama ada sebagai Dr. Matematik atau sebagai anggota pasukan Mathematics Around Us. Keputusan Jawatankuasa GENIUSMATHS untuk melantik Dr. Matematik dari kalangan murid-murid setiap kelas bermakna peluang untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan terlantik itu tersebar dengan lebih luas untuk lebih banyak lapisan murid. Beranikah anda, murid-murid sekalian, merebut pengiktirafan tersebut?

Selain tiga bidang kebitaraan, masih ada terlalu banyak bidang kegiatan murid di SK Sena yang gigih mencari kecemerlangan. Badan-badan beruniform kini mempunyai pertandingan tahunan yang tersendiri. Kawad Kaki SK Sena yang bermula tahun lepas telah dimenangi oleh Pandu Puteri Tunas. Anda, yang menjadi anggota badan-badan beruniform yang lain, bila lagi? Kelab-kelab sukan juga tidak ketinggalan mencari kemenangan. Apatah lagi kini dengan jadual latihan yang telah disusun rapi oleh unit Kokurikulum SK Sena. Latihan saat-saat akhir semata-mata demi satu penyertaan, kini bukan lagi pilihan di SK Sena. Sanggupkah anda, murid-murid sekalian, sekadar menjadi pemerhati di tepi gelanggang? Dan bidang yang mendahului semua ini di SK Sena, kecemerlangan akademik yang telah bertahun-tahun dibina, di mana anda, murid-murid sekalian, sebagai pejuangnya?

Namun begitu, perlu diteliti bahawa dalam merebut peluang dan kesempatan mencari kecemerlangan, kadang-kadang kita terlupa, di mana sebenarnya kecemerlangan itu berada. Adakah ia berada dalam anugerah-anugerah yang kita menangi selama ini? Tanpa menafikan kepentingan menerima pengiktirafan terhadap usaha yang kita lakukan, jangan kita lupa, murid-murid sekalian, bahawa ilmu dan kemahiran merupakan kegemilangan yang lebih berharga. Pengiktirafan biasanya hanya diberi dalam kuantiti yang sedikit. Untuk setiap seorang daripada anda, hampir 900 orang murid di SK Sena menerima pengiktirafan secara sama rata, bukan sesuatu yang dapat berlaku dengan mudah. Tetapi, jangan kecewa. Dengan usaha yang gigih dan bijaksana, kegemilangan dalam ilmu dan kemahiran mampu menjadi milik anda. Semua bidang yang disebutkan tadi, memerlukan murid-murid yang komited untuk melonjakkan kumpulan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. Terpulang kepada anda, murid-murid sekalian, untuk mencurahkan usaha.

Sebagai penutup, satu seruan kepada anda, murid-murid sekalian. Sebanyak manapun sokongan dan dokongan yang guru-guru berikan, usaha terakhir untuk merebut kecemerlangan bagi diri anda, kembali kepada keazaman diri anda sendiri. Terkadang, anda berhadapan dengan situasi di mana altruisme dan profesionalisme tidak menjadi amalan utama, dan sokongan yang mampu kami berikan mungkin tidak mencukupi tanpa kehendak dari dalam diri anda sendiri. Oleh itu, jika ada kegemilangan yang anda ingini, usahalah sehabis daya. Rebutlah selagi ada. Peluang dan kesempatan, tersedia di hadapan anda.

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers