Sekolah Kebangsaan Sena

Mesyuarat Jaringan Sekolah Kluster - IPTA

Mesyuarat Mengenalpasti Keberkesanan Permuafakatan Sekolah Kluster Kecemerlangan - Institut Pengajian Tinggi Awam (SKK-IPTA) telah diadakan pada 13 April 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat 10, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Dalam mesyuarat tersebut, Sekolah Kebangsaan Sena telah diberi penghormatan untuk membentang laporan aktiviti yang telah dijalankan oleh SK Sena sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia bersama IPTA yang terlibat.

Pembentangan yang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim itu bermula dengan penerangan secara umum tentang bidang-bidang kebitaraan yang dibangunkan di SK Sena. En. Roslan kemudiannya memberi rumusan untuk program-program kerjasama yang telah dijalankan dan universiti yang terlibat dalam setiap program tersebut, sebelum menerangkan tentang setiap program secara khusus. Satu kesimpulan yang dapat diperolehi daripada pembentangan tersebut ialah bahawa SK Sena telah mendapat banyak faedah daripada jaringan permuafakatan antara dua kementerian ini, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Antara faedah yang dapat dilihat dengan jelas hasil daripada permuafakatan tersebut ialah:-

  1. Kepakaran yang ada dalam pelbagai bidang di universiti, sama ada pada tahap profesor, pensyarah mahupun pelajar telah dapat disalurkan kepada warga sekolah dalam bentuk kejurulatihan dan khidmat nasihat.
  2. Kemudahan prasarana serba lengkap dan terkini di universiti dapat dinikmati oleh warga sekolah dari kalangan guru mahupun murid semasa program-program jaringan dijalankan di universiti.
  3. Bidang keilmuan yang telah disampaikan oleh pihak universiti kepada sekolah melalui pengisian program-program yang dijalankan merentasi sukatan Pengajaran dan Pembelajaran murid di sekolah, dengan itu mendedahkan para murid kepada prospek masa hadapan mereka, membantu meningkatkan kreativiti dalam pengaplikasian ilmu pengetahuan, sekaligus membina keyakinan yang tinggi dalam diri murid.

Sehingga hari ini, SK Sena bersama dua IPTA jaringan utamanya telah berjaya menjalankan begitu banyak program sepanjang dua tahun SK Sena diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Antara aktiviti yang dijalankan bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ialah seperti berikut:-

  1. Latihan Penggunaan GNU/Linux dan Pentadbiran Sistem Menggunakan Mandriva 2009.0 untuk guru-guru SK Sena
  2. Latihan Kemahiran Perisian Multimedia Berasaskan Sumber Terbuka (Cinelerra) untuk murid-murid SK Sena
  3. Latihan Kemahiran Perisian Multimedia Berasaskan Sumber Terbuka (GIMP) untuk murid-murid SK Sena
  4. Latihan Kemahiran Perisian Multimedia Berasaskan Sumber Terbuka (Ardour) untuk murid-murid SK Sena
  5. Khidmat nasihat dalam menjalankan latihan-latihan dalaman penggunaan perisian-perisian sumber terbuka seperti OpenOffice.org dan Kompozer untuk tujuan pengurusan dan pembinaan bahan
  6. Khidmat nasihat dalam pembangunan Makmal Penyelidikan dan Latihan Perisian Sumber Terbuka (OSSLab) SK Sena

Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) pula telah bekerjasama dengan SK Sena untuk menjalankan beberapa program, khususnya dalam bidang Matematik dan peningkatan profesionalisme guru:-

  1. Khidmat nasihat dan latihan dalam pembangunan Mathematics Access Center di SK Sena
  2. Khidmat nasihat dan latihan dalam menjalankan program Mathematics Around Us melibatkan murid-murid SK Sena
  3. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru untuk guru-guru SK Sena

Pihak sekolah merasa gembira dengan maklumbalas yang baik daripada para Naib Canselor Akademik setiap IPTA yang hadir, atau wakil-wakil mereka. Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Dato' Ir. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi yang turut hadir dalam majlis tersebut telah menzahirkan rasa bangga beliau kerana adanya sekolah yang mampu menjalankan program-program sedemikian dan berjaya mengambil faedah daripada jaringan permuafakatan SKK-IPTA. Sehubungan itu, Sekolah Kebangsaan Sena akan terus menjalankan program-program kerjasama antara sekolah dengan universiti agar faedah-faedah yang ada dalam program-program sedemikian dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Seluruh warga sekolah amat menghargai kerjasama yang telah ditunjukkan oleh UniMAP dan USM, dan mengharapkan agar hubungan baik ini dapat diteruskan pada masa hadapan. SK Sena juga sentiasa menyambut baik sebarang cadangan kerjasama antara pihak sekolah dengan institusi-insitusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

 

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi dan Guru Besar SK Sena

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi bersama Guru Besar
SK Sena selepas Mesyuarat Mengenalpasti Keberkesanan
Permuafakatan SKK-IPTA

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers