Sekolah Kebangsaan Sena

Karnival Sekolah Kluster 2011

InfoSenaSMK DATO' SYED AHMAD, Kuala Nerang, Kedah - Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan (Zon Utara) 2011 telah berlangsung di sini pada 15 - 17 Julai melibatkan 17 buah sekolah rendah dan menengah yang telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia dari negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, serta tiga buah sekolah jemputan dari Thailand. Sekolah Kebangsaan Sena yang merupakan salah satu daripada tiga buah Sekolah Kluster Kecemerlangan di negeri Perlis telah membuat Wartawan SK Sena, Nadine Qathira menemubual Tn. Hj. Rosland bin Hussein semasa lawatan beliau ke booth pameran SK Sena selepas majlis perasmian penutup karnivalpenyertaan guru dan murid dalam ketiga-tiga bidang kebitaraan iaitu ICT, Matematik dan Lompat Tali, serta kumpulan kebudayaan SK Sena (angklung) yang telah membuat persembahan dalam majlis yang sama. Pasukan lompat tali SK Sena, Sena Jumpers telah diberi penghormatan sebagai salah satu kumpulan yang membuat persembahan untuk acara perasmian penutup karnival kali ini. Antara objektif karnival tersebut diadakan ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk membina keyakinan dan ketrampilan diri melalui interaksi sesama peserta dan pengunjung, serta menjadi tapak untuk menghebahkan perkembangan sekolah kluster kepada masyarakat umum di peringkat kebangsaan.

Acara karnival telah bermula pada 15 Julai di mana para peserta diberi peluang untuk menyiapkan booth pameran masing-masing. Semua sekolah yang mengambil bahagian telah menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghias dan menyusun booth agar dapat menarik minat pengunjung-pengunjung yang hadir sepanjang karnival berlangsung. Pada sebelah malamnya pula, acara diteruskan dengan sesi selari persembahan kebudayaan di Dewan Dato' Syed Ahmad dan pembentangan kebitaraan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Padang Terap yang terletak di lokasi yang sama. Selain persembahan angklung, murid-murid SK Sena turut terlibat secara aktif dalam pembentangan kebitaraan, di mana seramai enam orang murid telah menerangkan tentang tugas-tugas mereka dalam CyKidzCRAZE dan OSSLab di SK Sena. Seterusnya, hari kedua karnival menyaksikan setiap sekolah peserta menampilkan bidang-bidang kebitaraan, serta pencapaian dan kejayaan masing-masing. Antara yang dilihat menarik dalam karnival tersebut ialah apabila hampir kesemua booth yang didirikan memaparkan aktiviti dan pertandingan yang boleh disertai oleh para pengunjung dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Lebih menarik lagi ialah setiap aktiviti dan pertandingan berkenaan dikendalikan sendiri oleh murid-murid setiap sekolah. Booth Sekolah Kebangsaan Sena menampilkan pertandingan lukisan elektronik menggunakan OpenOffice.org Draw, kuiz Matematik dan pertandingan lompat tali individu kategori Speed.

Majlis perasmian penutup yang diadakan pada 17 Julai telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Rosland bin Hussein, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato' Abd Ghafar bin Mahmud yang tidak dapat hadir pada hari tersebut. Dalam majlis berkenaan, setiap sekolah yang mengambil bahagian dalam Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan (Zon Utara) 2011 telah menerima plak dan sijil penyertaan sebagai penghargaan daripada pihak penganjur.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada BPSBPSK dan Jabatan Pelajaran Kedah yang bertindak selaku penganjur karnival kerana telah memberi peluang kepada SK Sena untuk melibatkan diri dalam program yang telah dijalankan. Tidak lupa juga kepada Pengarah Pelajaran Perlis, Jabatan Pelajaran Perlis dan semua pihak yang telah terlibat memberikan sokongan moral dan fizikal kepada pihak sekolah dalam menjayakan penyertaan Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan (Zon Utara) 2011 di SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang,  Kedah.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers