Sekolah Kebangsaan Sena

Jejak Inovasi Perlis 2012

InfoSenaTASIK MELATI, Perlis - Program Jejak Inovasi Perlis anjuran Yayasan Inovasi Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis di sini pada 14 Julai yang lalu. Aktiviti yang berlangsung selama 2 hari itu memaparkan pelbagai acara yang telah dirancang khas untuk para tetamu yang hadir bagiSyed Ahmad Muaz dari Tahun 5 Elit mewakili SK Sena menerima hadiah kemenangan pertandingan Jejak Inovasi yang dijalankan sempena program kali ini memeriahkan lagi majlis, seperti pameran inovasi, persembahan tarian oleh murid-murid prasekolah, pertandingan origami, jamuan kenduri rakyat, pertandingan karaoke dan permainan-permainan rakyat seperti menangkap itik dan memanjat batang pinang licin. Semua pertandingan dan permainan yang diadakan menyediakan hadiah kepada setiap peserta yang berjaya. Selain itu, YAB Menteri Besar Perlis turut menyempurnakan flag-off konvoi Jejak Inovasi Perlis 2012.

Antara organisasi yang mengambil bahagian dalam pameran inovasi yang telah dijalankan ialah Rumah Seri Kenangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dengan projek e-Chair, Sekolah Menengah Kebangsaan Abi dengan projek Roket Air, serta Sekolah Kebangsaan Sena yang menampilkan produk MEDIASENA: Implementasi Sumber Terbuka dan Multimedia dalam Pendidikan dan program-program kebitaraan Matematik seperti Mathematics Around Us. Pameran SK Sena berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan Jejak Inovasi diikuti oleh Rumah Seri Kenangan di tempat kedua dan SMK Abi di tempat ketiga.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Inovasi Malaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kerana telah memberi peluang kepada pihak sekolah untuk menjadi sebahagian daripada program Jejak Inovasi yang dijalankan, juga kepada semua pihak yang telah membantu menjadikan pameran SK Sena dalam program tersebut satu kejayaan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers