Sekolah Kebangsaan Sena

Eksplorasi Kebitaraan SKK (Rendah) 2012

Aktiviti SenaKANGAR, Perlis - Eksplorasi Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan (Rendah) Peringkat Kebangsaan Zon Utara telah berlangsung di sini pada 9 hingga 11 Oktober yang lalu. Program tersebut yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kelolaan Sekolah Kebangsaan SenaYB En. Ahmad Bakri menyampaikan ucapan perasmian penutupan mewakili YAB Menteri Besar Perlis di Dewan Murni, SMV Kangar dan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, Perlis melibatkan sekolah-sekolah rendah yang telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan satu sekolah jemputan khas dari Kuala Lumpur. Secara keseluruhan, sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian, di mana seramai lebih 100 orang guru dan 200 orang murid telah menyertai acara-acara yang dijalankan sepanjang program.

Program bermula pada hari pertama dengan pendaftaran para peserta yang diadakan di SK Sena. Semua sekolah peserta yang hadir dibekalkan dengan borang penyertaan, tanda nama untuk para peserta dan guru pengiring, buku program serta baju-T. Seterusnya, satu mesyuarat penyelarasan program melibatkan para pentadbir sekolah bersama pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran setiap negeri yang mengambil bahagian telah berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Sena untuk memastikan semua acara yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar. Pada sebelah malamnya, satu perjumpaan wakil-wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah berkenaan diadakan untuk membincangkan peranan dan sumbangan PIBG di sekolah masing-masing.

Para peserta Kembara Ikon Perlis mengumpul maklumat di Rimba Herba PerlisHari kedua program dimeriahkan dengan beberapa acara yang berjalan serentak. Salah satu daripadanya ialah pertandingan Kembara Ikon Perlis, di mana para peserta dikehendaki bergerak ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan untuk setiap pasukan di sekitar negeri Perlis, dan mengumpul maklumat penting berkaitan lokasi-lokasi tersebut. Semua pasukan dibenarkan menggunakan apa sahaja teknik pengumpulan dan penyusunan maklumat untuk melaksanakan tugasan masing-masing. Para peserta telah dilepaskan oleh En. Hassan bin Ebau Noi yang merupakan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perlis. Pada masa yang sama, satu Bengkel Latihan dan Pertandingan Animasi 3-Dimensi Menggunakan Blender telah dilaksanakan di Makmal Pusat Pengajian Diploma, UniMAP Jalan Sarawak, Kuala Perlis. Dalam bengkel berkenaan, para peserta yang terdiri daripada wakil murid dan guru setiap sekolah dikehendaki menyiapkan satu animasi ringkas bertemakan teknologi angkasa lepas di bawah bimbingan fasilitator yang terdiri daripada anggota MEDIASENA. Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah profesor dan pensyarah-pensyarah Universiti Malaysia Perlis yang bertindak selaku panel juri dalam pertandingan yang diadakan. Selain itu, satu sesi pembentangan kebitaraan telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis untuk menyebarkan maklumat tentang aktiviti dan pencapaian kebitaraan setiap sekolah kepada pentadbir-pentadbir sekolahFasilitator MEDIASENA, Nureen Aulia memantau tugasan yang sedang dijalankan oleh peserta-peserta SK Kampung Jambu, Taiping dalam Pertandingan Animasi 3-Dimensi di UniMAP seluruh negeri Perlis. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan sesi pembentangan hasil dapatan Kembara Ikon Perlis, di mana setiap sekolah membentangkan maklumat yang telah dikumpulkan pada awal hari tersebut. Pertandingan Kembara Ikon Perlis telah diadili oleh pegawai-pegawai yang dijemput khas dari Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia (Cawangan Perlis).

Majlis penutupan program yang berlangsung pada hari terakhir program di Dewan Murni, Sekolah Menengah Vokasional Kangar, Perlis telah dirasmikan oleh YB En. Ahmad Bakri bin Dato' Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, mewakili YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis. Setiap sekolah telah mengadakan persembahan masing-masing dalam majlis tersebut, dan hadiah-hadiah kemenangan pertandingan-pertandingan yang diadakan telah disampaikan oleh YB En. Ahmad Bakri kepada para pemenang. Sekolah Rendah Pendidikan Khas Alma, Pulau Pinang muncul Johan Pertandingan Animasi 3-Dimensi Menggunakan Blender, manakala Kembara Ikon Perlis pula telah dimenangi oleh pasukan SK Sena yang memaparkan dokumentari video tentang Taman Anggur Perlis dan Rimba Herba Perlis. Majlis berakhir sekitar jam 12.00 tengahari, dan semua yang hadir telah disajikan dengan jamuan tengahari sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing.

Sekolah Kebangsaan Sena mewakili pihak pengelolaan program mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak dalam menjayakan Eksplorasi Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan (Rendah) Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2012.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers