Majlis Perasmian Kampus Pauh Putra UniMAP

Ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri MalaysiaUniMAP, Pauh - Kampus induk Universiti Malaysia Perlis, Kampus Pauh Putra telah dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak  dalam satu majlis yang diadakan pada 3 Mac 2013 di tapak perasmian kampus tersebut. Majlis tersebut yang bermula sekitar jam 11.00 pagi turut diserikan dengan pameran Sedekad Gemilang yang memaparkan pelbagai kejayaan dan pencapaian UniMAP setelah beroperasi selama sepuluh tahun. Sekolah Kebangsaan Sena yang menerima jemputan khas untuk hadir dalam majlis berkenaan telah diwakili oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim, Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan, En. Saifur Ridzwan bin Mustafa, dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST, En. Ahmad Ferdaus bin Abd Razak.

Majlis dimulakan dengan sesi persembahan oleh pelajar-pelajar UniMAP, termasuk pelajar-pelajar luar negara yang membuat persembahan nyanyian dan tarian untuk memeriahkan lagi majlis. Ketibaan YAB Perdana Menteri dengan diiringi oleh tetamu kehormat dari UniMAP, Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Pengajian tinggi telah disambut dengan nyanyian lagu 'I Am For You" dan sorakan gembira oleh para pelajar UniMAP dan hadirin yang dijemput sebagai tetamu. Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UniMAP, YBhg Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin bin Hussin. Seterusnya, YAB Perdana Menteri telahGuru Besar SK Sena dan Penyelaras SKK SK Sena dalam majlis perasmian di Kampus Pauh Putra, UniMAP menyampaikan ucapan perasmian. Dalam ucapannya, beliau menerangkan tentang keperluan untuk mewujudkan institusi pengajian yang berteraskan kemahiran teknikal di samping institusi konvensional sedia ada, dalam usaha untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang bersifat 'hands-on'. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada UniMAP kerana telah mencapai penarafan Cemerlang Tier-5 dalam sistem penarafan SETARA dan D-SETARA baru-baru ini.

Selesai ucapan, Dato' Sri Mohd Najib telah menyempurnakan gimik perasmian dengan melancarkan kenderaan elektrik, UniART-EV yang telah dikeluarkan oleh UniMAP dan beroperasi tanpa bahan api berasaskan karbon, sebaliknya menggunakan bateri elektrik sebagai sumber tenaga. Beliau seterusnya melihat pelan insfrastruktur kampus induk UniMAP dan melancarkan koleksi buku dengan penerangan oleh Dato' Prof. Dr. Kamarudin. Majlis berakhir dengan sesi lawatan ke tapak pameran dan jamuan tengahari untuk semua yang hadir.

SK Sena menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Malaysia Perlis atas kesudian menjemput pihak sekolah menjadi sebahagian daripada majlis yang telah dijalankan, dan mengharapkan agar kerjasama dan hubungan yang terjalin erat antara kedua-dua buah institusi dapat dilaksanakan secara berterusan pada masa hadapan.