Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Johan Bijak Jawi MSAM 2013

Para pemenang peringkat akhir Bijak Jawi sempena MSAM 2013 bersama hadiah-hadiah yang dimenangiDEWAN 2020, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena muncul Johan Keseluruhan Pertandingan Bijak Jawi - Jawi Warisan Bangsa (JAWAB) yang dijalankan sempena Minggu Amanah Saham Malaysia kali ke-14 pada 24 April 2013 yang lalu. Pertandingan tersebut yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad, Takaful Ikhlas Malaysia Berhad, Utusan Melayu Malaysia Berhad dan Jabatan Pelajaran Perlis telah disertai oleh sekolah-sekolah rendah yang mewakili lapan Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) seluruh negeri Perlis.

Dalam perlawanan peringkat saringan, murid SK Sena telah memenangi dua hamper, iaitu dalam pertandingan Kami Pintar dan Pintar Pantas, seterusnya menjadi Johan Kumpulan Peringkat Saringan mengalahkan enam lagi sekolah dalam kumpulan PKP Kangar. Dua lagi pertandingan yang turut disertai oleh peserta SK Sena ialah Eja-Eja Jawi dan Intai-Intai Jawi. Dalam perlawanan peringkat akhir, SK Sena berjaya mengungguli dua pertandingan, iaitu Cantum-Cantum Jawi dan Dam Jawi yang menyaksikan para peserta menerima sebuah lagi hamper sebagai hadiah kepada pemenang.

Hasil kemenangan dalam peringkat akhir, para peserta SK Sena telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM600.00 berserta piala dan sijil. Pihak sekolah juga menerima langganan percuma akhbar Utusan Melayu sebanyak 70 naskhah seminggu untuk 30 minggu, menjadikan jumlah langganan sebanyak 2100 naskhah sepanjang tempoh tersebut. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh En. Nuzrin bin Nuiman, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ust. Mohamad bin Abd Ghani, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perlis, En. Wan Rosli Shaharruddin bin Wan Yaacob, Naib Presiden Kanan Takaful Ikhlas serta wakil-wakil dari Utusan Melayu Berhad dan Permodalan Nasional Berhad.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan penyertaan SK Sena dalam Pertandingan Bijak Jawi sempena Minggu Amanah Saham Malaysia 2013, khususnya kepada para penganjur yang memberikan peluang kepada SK Sena untuk turut serta sebagai sebahagian daripada program yang dijalankan.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers