Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Di Ihtifal Ihya' Ramadan UniMAP

Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato' Dr. Zul Azhar Zahid Jamal menyampaikan sumbangan kepada murid SK Sena yang menghadiri Ihtifal Ihya' Ramadan @ UniMAP 1434H di Dewan 2020, Kangar, PerlisDEWAN 2020, Kangar - Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru Sekolah Kebangsaan Sena berada di sini semalam untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa sempena Ihtifal Ihya' Ramadan @ UniMAP 1434H atas jemputan daripada institusi berkenaan. Majlis tersebut yang bermula dengan ketibaan tetamu-tetamu jemputan seawal jam 6.00 petang telah dihadiri oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP, Kerabat Diraja, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Dato' Azizan bin Hamid, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin bin Hussin.

Turut hadir menyerikan majlis ialah para pegawai, tenaga pengajar, staf sokongan dan pelajar-pelajar UniMAP serta wakil agensi-agensi kerajaan, kemasyarakatan dan sekolah-sekolah sekitar Perlis, antaranya SekolahMurid SK Sena bersalam-salaman dengan Duli-Duli Tuanku dan para tetamu kenamaan sebelum majlis bersurai Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Maktab Rendah Sains MARA Beseri dan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera. Majlis Ihtifal Ihya' Ramadan @ UniMAP telah dimulakan dengan pelancaran inisiatif U-Sikal yang merupakan sebahagian daripada program Kampus Hijau UniMAP oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Majlis kemudiannya diteruskan dengan berbuka puasa dan ucapan alu-aluan oleh Dato' Prof. Dr. Kamarudin untuk meraikan semua tetamu yang hadir.

Seterusnya, semua hadirin telah menunaikan solat Maghrib, Isya' dan solat tarawih secara berjemaah di kawasan yang disediakan, di samping satu sesi tazkirah khas yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. Juanda bin Jaya. Selesai solat, para hadirin menikmati jamuan ringan di samping persembahan istimewa oleh staf UniMAP dan kumpulan Sakan yang memeriahkan majlis dengan persembahan lawak jenaka. UniMAP juga telah menyampaikan zakat kepada para penuntut, dan sumbangan kepada semua murid sekolah yang hadir dalam program tersebut.

Majlis Ihtifal Ihya' Ramadan @ UniMAP 1434H berakhir sekitar jam 11.00 malam dengan keberangkatan pulang Duli-Duli Tuanku selepas menerima menghadap semua hadirin. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada Universiti Malaysia Perlis atas jemputan kepada SK Sena untuk menjadi sebahagian daripada program berkenaan. Liputan penyertaan SK Sena telah disediakan oleh MEDIASENA (jurukamera: Muhammad Darwish bin Saidar).

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers