Sekolah Kebangsaan Sena

Majlis Anugerah Biasiswa Kecil YTSP

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyampaikan Biasiswa Kecil YTSP kepada salah seorang penerima dari Kawasan Parlimen Kangar.SK SENA, Kangar - DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Dato' Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan mencemar duli berangkat ke Sekolah Kebangsaan Sena hari ini sempena Majlis Anugerah Biasiswa Kecil Yayasan Tuanku Syed Putra kepada sekolah-sekolah rendah dalam Kawasan Parlimen Kangar. Majlis tersebut yang bertujuan untuk menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ketibaan para tetamu, Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat, guru-guru pengiring dan murid-murid penerima biasiswa berkenaan. Ketibaan duli-duli Tuanku pada jam 8.45 pagi disambut oleh seluruh warga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama Menteri Besar Perlis, YAB Tn. Azlan bin Man, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), YBhg Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin bin Hussin, staf pentadbiran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), anggota-anggota Kerajaan Negeri Perlis dan pegawai-pegawai pendidikan negeri.

Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Dirgahayu Tuanku Raja Muda dan lagu rasmi SK Sena sebelum penyampaian biasiswa kepada para penerima oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra. Tahun ini, seramai 25En. Roslan menyampaikan Buku Laporan Pencapaian Inovasi Antarabangsa SK Sena 2013 sebagai cenderamata sekolah kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra. orang murid dari Kawasan Parlimen Kangar terpilih untuk menerima biasiswa kecil yang akan diberikan setiap bulan sehingga tamat persekolahan pada Tahun 6. Dalam majlis yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan semula Pingat Emas, Anugerah Khas dan sijil-sijil pencapaian inovasi antarabangsa kepada murid-murid SK Sena yang berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara sepanjang tahun lepas. Seterusnya, Guru Besar SK Sena mempersembahkan cenderamata kepada duli-duli Tuanku berupa Buku Laporan Pencapaian Inovasi Antarabangsa SK Sena 2013 dan kolaj pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang.

Aturcara majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan ringkas dan sesi fotografi bersama guru-guru SK Sena, para Guru Besar yang hadir serta penerima-penerima Biasiswa Kecil YTSP 2014. Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen turut berkenan untuk bergambar bersama semua murid SK Sena yang menyaksikan majlis berkenaan. MEDIASENA sempat mengadakan temubual bersama YAB Tn. Azlan, YBhg. Datuk Johari bin Mohd Darus, Setiausaha YTSP dan para penerima biasiswa. Ketika bercakap kepada wartawan MEDIASENA, Tn. Azlan menyebutkan bahawa biasiswa tersebut diberikan untuk membantu para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan dan sebagai insentif untuk terus berusaha agar muncul sebagai pelajar cemerlang. Sementara itu, para penerima dan guru pengiring turut menyatakan rasa berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Pihak sekolah menjunjung kasih kepada duli-duli Tuanku atas kesudian mencemar duli berangkat ke SK Sena dan menyampaikan Biasiswa Kecil Yayasan Tuanku Syed Putra kepada penerima-penerima Kawasan Parlimen Kangar untuk sesi 2014. Sekalung penghargaan turut disampaikan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis yang telah dilangsungkan. Nantikan liputan program dan temubual dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers