Sekolah Kebangsaan Sena

Majlis Perlantikan Pengawas 2015

WP3SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah mengadakan majlis Pelantikan Pengawas Sekolah untuk sesi persekolahan 2015 pada 2 Februari yang lalu melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga 6 yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tahun ini. Majlis tersebut yang bermula seawal 7.40 pagi telah disempurnakan oleh YBhg ASP Azmi bin Hamid dari Bahagian Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, Perlis.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para murid agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah, sama ada semasa berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Beliau turut menegaskan kepentingan para Pengawas menjalankan tugas dengan adil dan saksama untuk memastikan disiplin murid dan ketenteraman sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik. Pengawas juga merupakan polis yang menjaga keamanan di sekolah.

Selesai ucapan, ASP Azmi telah menyampaikan watikah pelantikan kepada semua Pengawas yang dilantik, serta memakaikan Blazer kepada Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas sebagai simbol pelantikan kedua-dua jawatan kepimpinan tersebut. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar Pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas yang baru dilantik, Nur Hidayatul Akma bt Badri dari Kelas 6 Cenderawsih. Penolong Ketua Pengawas pula ialah Safira Bt Mohd Safik juga dari kelas 6 Cenderawasih.

SK Sena mengucapkan tahniah kepada semua Pengawas Sekolah yang telah terpilih untuk sesi 2015, serta mengharapkan agar semua Pengawas dapat menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan.

 WP1   WP6   

WP2   WP4   WP3

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers