Anugerah Tokoh Dari UniMAP

IMG-20150327-WA0005

UniMAP, 24 Mac – Ahli akademik daripada Universiti Malaysia Perlis yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang masing-masing dan mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah diraikan dalam Majlis Anugerah Seri Gemilang  bertempat di di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP, Pauh Putra. Dalam majlis ini juga, individu luar yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga yang seiring dengan misi dan visi UniMAP dalam memartabatkan imej Universiti juga telah diraikan dan diberikan anugerah.

Majlis anugerah penuh berprestij ini dirasmikan oleh DYTM Tuanku Canselor UniMAP iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut hadir DYTM Tuanku Pro Canselor UniMAP, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Dalam majlis ini, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sena, Encik Roslan Bin Yatim telah di anugerahkan dengan Anugerah Tokoh. Anugerah ini diberi kepada individu yang memaparkan kualiti hasil kerja yang cemerlang di dalam pentadbiran, berupaya mewujudkan amalan kerja yang baik dan berkesan serta mempunyai interaksi yang baik dengan staf, pelajar dan masyarakat luar. Calon untuk anugerah ini juga dipilih daripada individu yang memberikan sumbangan yang cemerlang dalam meningkatkan imej UniMAP di peringkat nasional dan antarabangsa.

Encik Roslan mengucapkan jutaan penghargaan di atas penganugerahan ini serta dan terima kasih atas segala sumbangan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak UniMAP sepanjang penglibatan bersama Sekolah Kebangsaan Sena. Beliau juga berharap agar kerjasama dan jalinan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 IMG-20150327-WA0000   IMG-20150328-WA0000

IMG-20150327-WA0004   IMG-20150327-WA0006   IMG-20150327-WA0008