SK SENA JOHAN BERCERITA MTQ NEGERI PERLIS 2015
- Butiran
- Dikemaskini pada Isnin, 27 April 2015 18:50
- Diterbitkan pada Ahad, 19 April 2015 21:36
- Pengarang: Administrator
SMK Padang Besar (U) - Sekolah Kebangsaan Sena yang telah mewakili PKP Kangar dalam acara Bercerita Dari Kisah Al Quran bagi kategori lelaki dan perempuan telah menjadi johan Peringkat Negeri Perlis yang telah berlangsung pada Sabtu 18 April yang lalu. SK Sena telah mengungguli acara ini selama 6 tahun berturut-turut di Peringkat PKP Kangar. SK Sena yang diwakili oleh adik Hidayatul Akma dan adik Irfan telah berjaya menarik hati juri walaupun telah ditentang hebat oleh peserta-peserta dari PKP lain.
Pihak pentadbiran mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus dalam melatih semua peserta yang terlibat. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada pasukan MTQ yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang ini. Semoga tahun depan SK Sena akan menjadi wakil PKP Kangar bagi semua acara.
.