IFTAR TAHUN 6 RAMADHAN 2015
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 05 Julai 2015 14:35
- Diterbitkan pada Ahad, 05 Julai 2015 13:20
- Pengarang: Administrator
SK Sena - Sekolah Kebangsaan Sena bersama dengan Panitia Agama yang diketuai oleh Ustaz Saifur Ridzwan telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk pelajar Tahun 6 pada 1 Julai yang lalu. Majlis ini juga mendapat kerjasama yang erat dari PIBG SK Sena. Selain dari berbuka puasa, majlis ini juga diselitkan dengan program motivasi bagi meningkatkan keyakinan pelajar Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Selepas solat maghrib, pelajar ditayangkan video ceramah bagi menunggu solat isyak dan terawih yang diimamkan oleh imam yang dijemput khas oleh PIBG. Ramai guru-guru juga turut hadir bagi memeriahkan majlis termasuk para pentadbir. Berbagai menu yang menarik telah disediakan termasuk ayam golek, sambal udang, rendang daging, kuih muih serta teh ais istimewa dari gerai Padang Behor.
Guru besar SK Sena, Encik Roslan Bin Yatim mengucapkan tahniah kepada Panitia Agama Islam yang telah berjaya menganjurkan majlis berbuka yang sangat berjaya ini. Beliau berharap agar program seperti ini akan sentiasa diadakan bagi mengeratkan lhubungan antara murid dengan guru dan juga ahli-ahli PIBG SK Sena.