Majlis Open House dan Karnival Asean di Songkhla Thailand

IMG-20150702-WA0014Songkhla, Thailand - SK Sena telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Perlis untuk mewakili negeri Perlis sempena Majlis Open House Anubansongkhla  School dan juga meraikan Karnival Asean pada 2 - 4 Julai  2015 di Songkhla, Thailand. Objektif utama majlis ini ialah untuk mengeratkan lagi hubungan antara Negara Thailand dan Negara Malaysia. Beberapa buah sekolah dari Negara Malaysia dan Thailand telah dijemput untuk meraikan majlis ini. Sebanyak 4 orang guru pengiring beserta 15 orang pelajar telah hadir ke majlis ini diketuai oleh Guru Besar SK Sena iaitu En Roslan B Yatim.

 Dalam majlis ini, SK Sena telah dijemput untuk membuat persembahan Angklung dan juga pameran produk inovasi. Pasukan Angklung SK Sena membuat persembahan pada malam pertama dan telah mendapat sambutan hangat dari para penonton. Persembahan ini juga mendapat pujian dari Timbalan Gabenor Songkhla. Produk - produk inovasi SK sena telah dipamerkan pada hari kedua dan telah dilawati oleh peserta-peserta majlis.

 Guru Besar SK Sena, En Roslan B Yatim mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Perlis, Tuan Haji Roslee B Haji Ismail kerana telah memilih dan memberi peluang kepada pelajar - pelajar SK Sena untuk menyertai majlis ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Anubansongkhla  School, Timbalan Gabenor Songkhla dan pihak-pihak lain yang telah memberi layanan istimewa kepada wakil dari SK Sena di sepanjang majlis ini. Guru Besar juga mengucapkan tahniah di atas persembahan hebat pasukan Angklung dan Inovasi serta terima kasih kepada kepada semua guru pengiring dan murid yang terlibat.

IMG-20150702-WA0010  IMG-20150702-WA0020    IMG-20150703-WA0013    IMG-20150703-WA0012  IMG-20150703-WA0000  IMG-20150703-WA0026

IMG-20150703-WA0057  IMG-20150703-WA0061  IMG-20150703-WA0064  IMG-20150703-WA0042  IMG-20150703-WA0023  IMG-20150703-WA0021  IMG-20150702-WA0016