Majlis Penutup Ehya' Ramadhan 2015
- Butiran
- Dikemaskini pada Khamis, 06 Ogos 2015 11:14
- Diterbitkan pada Khamis, 06 Ogos 2015 09:00
- Pengarang: Administrator
SK Sena - Panitia Pendidikan Islam SK Sena telah menganjurkan Majlis Penutup Ehya' Ramadhan 2015 pada tarikh 14 Julai 2015, hari Rabu dalam bulan Ramadhan yang lepas. Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga selesai jam 12.00 tengahari. Pihak Panitia telah menjemput Dato' Sahibus Samahah Dr. Muhd Asri Bin Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis untuk merasmikan majlis Khatam Al-Quran ini serta menyampaikan cenderahati kepada para pemenang acara-acara yang dipertandingkan dalam program Ehya' Ramadhan. Beliau telah memberi ucapan yan penuh dengan nasihat untuk semua hadirin.
Dalam majlis ini, kumpulan - kumpulan murid yang telah memenangi pertandingan nasyid membuat persembahan pertunjukan di hadapan murid dan guru. Guru dan staf yang telah mengambil bahagian dalam mengkhtam Al Quran sempena bulan Ramadhan ini juga telah diberi penghargaan dengan pemberian cenderahati.
Guru besar SK Sena, Encik Roslan Bin Yatim mengucapkan tahniah kepada Panitia Agama Islam yang telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup Ehya' Ramadhan yang sangat berjaya ini. para pentadbir juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Sahibus Samahah Dr. Muhd Asri Bin Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis dan juga Jabatan Agama Negeri Perlis di atas kerjasama yang terbaik ini. Beliau berharap agar program seperti ini akan sentiasa diadakan bagi mengeratkan hubungan antara murid dengan guru.