Sekolah Kebangsaan Sena

Ringkasan Eksekutif

S.E.N.A CyQuest merupakan program induk yang menyediakan prasarana dan asas kepada SK Sena sebagai sebuah “show-case” peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang kebitaraan ICT. Perancangan terperinci merangkumi setiap aspek dalam pentadbiran, pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran, akan melonjakkan kecemerlangan ICT SK Sena ke tahap di mana ianya akan menjadi idaman dan penanda aras bagi sekolah-sekolah yang lain. Pelaksanaannya kelak akan memberi faedah bukan sahaja kepada guru-guru dan murid-murid, malah ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

Bagi memastikan CyQuest mencapai objektif, perancangannya akan dilaksanakan melalui dua program sokongan iaitu Central Access Terminal (CATER) dan CyKidzCraze. Program CATER akan memberi tumpuan pelaksanaan oleh staf akademik SK Sena untuk kecemerlangan pengurusan serta pembestarian pengajaran dan pembelajaran seluruh warga SK Sena.

Pengurusan

  1. Sistem pengurusan Pusat Sumber Sekolah
  2. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
  3. Rekod kemasukan murid
  4. Rekod kehadiran dan catatan mesyuarat

Pentadbiran

  1. Sistem maklumat staf
  2. Sistem pergerakan staf

Pengajaran & Pembelajaran

  1. Online Resource Center (OReC)
  2. Makmal bahasa
  3. E-Test dan bank soalan

CyKidzCraze pula memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan yang merupakan aset terpenting negara iaitu murid-murid. Sekolah Kebangsaan Sena yakin dengan adanya CyKidzCraze, pasukan murid akan menjadi generasi yang kreatif dan inovatif serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. CyKidzCraze akan menjadi pusat aktiviti (hub) murid untuk memberi sumbangan.

Penghasilan Bahan Multimedia

  1. Penyuntingan audio
  2. Penghasilan imej/grafik
  3. Teknik fotografi dan videografi

Stesen TV/Mini Radio Sekolah

  1. Penulisan skrip
  2. Teknik bacaan dan intonasi
  3. Kemahiran peralatan audio/visual

Laporan Berita

  1. Penataan cahaya
  2. Pemprosesan video
  3. Penyuntingan
  4. Kewartawanan

Pembelajaran Berasaskan Laman Web

  1. Penghasilan bahan pembelajaran (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris)
  2. Pertukaran e-mel antarabangsa (USA, Korea Selatan, Sepanyol, Jordan dan lain-lain)
  3. Pertukaran maklumat, idea, budaya dan komunikasi bahasa antarabangsa melalui e-classroom

Berdasarkan kepada kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh guru-guru dan murid-murid, maka bajet daripada sekolah kluster patut dibelanjakan dengan bijak untuk memantapkan serta meningkatkan kemahiran sedia ada dan menetapkan pencapaian cemerlang yang berterusan bagi warga Sekolah Kebangsaan Sena.

Antara keistimewaan program ini ialah ia akan melibatkan kerjasama daripada beberapa pihak seperti Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Institut Perguruan Malaysia, Kampus Perlis dalam pelbagai bidang. Penggunaan perisian-perisian sumber terbuka (open source) secara meluas juga akan menjadi salah satu kelebihan program ini.

Program ini diharap dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah hingga ke peringkat global. Selain itu, dapat memberi peluang, pengalaman serta pengetahuan bagi menghadapi dan mengharungi cabaran dunia masakini.

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers