Output & Faedah
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Sabtu, 06 September 2008 10:38
- Pengarang: Administrator
OUTPUT
- Program ini dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan, berani mencuba, kreatif, berkeyakinan tinggi, berwawasan dan mampu bersaing.
- Berupaya bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Lebih ramai murid dan guru dapat menikmati kemudahan serta menguasai asas teknologi maklumat dan komunikasi.
- Semua warga Sekolah Kebangsaan Sena dapat menikmati akses rekod, data serta kebanyakan perkhidmatan pentadbiran dan pengurusan dari mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah.
- Wujudnya satu sistem maklumat berpusat yang melibatkan bidang pengurusan, pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran, yang mana sistem ini boleh diakses oleh semua pihak di pelbagai lokasi.
FAEDAH
- Program ini dapat memberi manfaat kemudahan capaian maklumat kepada semua warga SK Sena iaitu seramai 54 orang guru, 891 orang murid dan 8 orang staf sokongan.
- Memberi peluang kepada murid -murid meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
- Berdaya meningkatkan kemahiran guru (jurulatih dalaman) dan kualiti kerja sepanjang masa.
- Menjadi ‘benchmark’ dan ’showcase’ program teknologi maklumat dan komunikasi di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
- Berdayasaing bagi melahirkan pasukan CyKidzCraze yang kreatif, handal dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi serta mampu bersaing diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa.