Articles

SK Sena Raih 2 Emas di I-ENVEX 2015

IMG-20150419-WA0037Pauh Putra, UniMAP - Pasukan rekacipta Sekolah Kebangsaan Sena bersama produk mereka, Smart Body Wash dan Master Cut  mencatatkan kejayaan cemerlang apabila meraih dua anugerah khas dan dua pingat emas di International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-ENVEX) yang telah berlangsung pada 17 - 19 April yang lalu di IDewan Ilmu, Pauh Putra, Perlis. di sini. Pasukan tersebut yang terdiri daripada enam orang murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah berjaya memenangi 2 Gold Medal melalui Smart Body Wash dan Master Cut, serta dua anugerah khas iaitu 'Leading Innovation Award' dan'Honor of Invention' dari Kerajaan Taiwan untuk produk Smart Body Wash.

Ekspo berkenaan merupakan acara antarabangsa yang dianjurkan secara tahunan oleh UniMAP dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan WIIPA. Ekspo ini telah menarik minat pelbagai pencipta dari negara luar seperti Mesir, Indonesia, Korea dan Taiwan. SK Sena mengambil bahagian dalam pertandingan I-ENVEX 2015 sebagai kesinambungan daripada  kemenangan di peringkat SENA SCIENCE FAIR 2015 sebelum ini.

Pihak Pentadbir mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara dalam acara di peringkat antarabangsa, serta menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para individu dan badan-badan kerajaan yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan kepada pasukan SK Sena untuk mengambil bahagian dalam International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-ENVEX) 2015.

IMG-20150419-WA0029   IMG-20150420-WA0002   IMG-20150420-WA0006

IMG-20150420-WA0011   IMG-20150419-WA0036   IMG-20150420-WA0001