Articles

PKP Kangar Johan Sepak Takraw Negeri Perlis

SMK Syed Alwi, Kangar - PKP Kangar yang diwakili oleh Sekolah Kebangsaan Sena muncul johan Negeri Perlis 2015 dalam Kejohanan Sepak Takraw B12 yang telah berlangsung pada 23 dan 24 Februari 2015. Kejohanan yang IMG-20150224-WA0035bermula seawal jam 3.00 petang itu menyaksikan PKP Kangar menewaskan PKP Arau dengan keputusan 10-15, 15-13 dan 15-12 di separuh akhir sebelum menang dengan PKP Padang Besar dengan keputusan 12-15, 17-15 dan 17-16 di perlawanan akhir. Pasukan SK Sena yang telah dilatih oleh Ustaz Zuhairi B Zakaria, Ustaz Saifur Ridzwan B Mustafa dan Encik Mohd Fikry B Zawawi telah menjadi johan PKP Kangar pada 9 dan 10 Februari 2015 seterusnya menjadi wakil PKP ke kejohanan peringkat Negeri.

Hadir untuk menyempurnakan upacara penutup kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah En. Kamarudin B Ismail, Guru Besar SK Santan mewakili Pengerusi Pengelola Kejohanan Sepak Takraw MSSPs 2015. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan tahniah kepada pasukan Sepak Takraw SK Sena 2015, dan menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah tampil memberikan sokongan kepada pasukan sekolah. Pihak pentadbir juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada keluarga-keluarga pemain yang turut menolong ketika sesi latihan sekolah diadakan seterusnya melengkapkan program sarana ibu bapa bersama sekolah.

 IMG-20150224-WA0022   IMG-20150224-WA0030

IMG-20150224-WA0034   IMG-20150224-WA0031