Sekolah Kebangsaan Sena

Articles

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 19 SK SENA

IMG-20150425-WA0023SK SENA, Kangar - Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Sena 2015 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan selama tiga hari mulai 21 sehingga 23 April yang lalu. Kejohanan tersebut menyaksikan pelbagai acara dipertandingkan seperti acara-acara balapan 100m, 200m dan lari berganti-ganti 4 x 100m, 4 x 200m, 6 x 50m (tahun 1,2 dan 3) serta acara-acara padang, antaranya lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Untuk murid dari Prasekolah pula adalah acara sukaneka. Untuk mengeratkan silaturahim antara guru - guru dan ibubapa, acara tarik tali diadakan antara pegawai dan bapa murid - murid. 

Turut memeriahkan kejohanan ialah para ibu bapa yang turun memberikan sokongan kepada anak masing-masing. Sokongan yang telah ditunjukkan oleh para ibu bapa, guru-guru dan murid-murid kepada rumah-rumah sukan yang bertanding berjaya membangkitkan semangat para peserta yang mewakili setiap rumah sukan berkenaan. Begitu juga dengan usaha para guru dan murid yang bertindak sebagai ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai pertandingan yang telah menunjukkan tahap kecekapan dan profesionalisme yang tinggi dalam menjayakan kejohanan berkenaan. Tidak ketinggalan ahli-ahli jawatankuasa setiap rumah sukan yang telah menunjukkan kesungguhan yang jitu dalam menyediakan maskot yang bertema Futuristik dan pasukan perbarisan bagi rumah sukan masing-masing.

Johan Rumah Sukan untuk tahun 2015 ialah Rumah Mutiara yang diketuai oleh Puan Hazimah Ismail. Johan untuk Maskot dan Perbarisan pula ialah Rumah Nilam yang diketuai oleh Puan Rashida Hasim yang membawa tema Futuristik. Bagi kategori hiasan rumah sukan tercantik pula dimenangi oleh Rumah Berlian yang diketuai oleh Puan Norashikin Jusoh. Olahragawan untuk tahun 2015 ialah Muhd Azran dari rumah Nilam manakala Olahragawati ialah adik Ainul Mardhiah dari Rumah Intan.

Upacara perasmian penutup yang berlangsung pada hari ketiga kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tn Hj Rooslee Bin Ismail S.D.K, B.C.K., Pengarah Pendidikan Negeri Perlis. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn Hj Amran Bin Rejab, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,  ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sena, serta Guru Besar dan pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sena. Upacara perasmian penutup telah dimulakan dengan perbarisan kontinjen setiap rumah sukan yang mengambil bahagian, gimik pelancaran kejohanan 2015, ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim dan ucapan perasmian penutup oleh Tn Hj Rooslee Bin Ismail .

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang SK Sena 2015. Tahniah kepada semua penerima hadiah dan anugerah kejohanan, dan teruskan semangat dan kemeriahan yang telah ditunjukkan pada masa hadapan.

 IMG-20150421-WA0010  IMG-20150421-WA0011  IMG-20150421-WA0013
 IMG-20150423-WA0011  IMG-20150423-WA0010  IMG-20150423-WA0012
 IMG-20150423-WA0014  IMG-20150423-WA0015  IMG-20150423-WA0016
 IMG-20150423-WA0018  IMG-20150423-WA0019  IMG-20150423-WA0017
 IMG-20150423-WA0020  IMG-20150423-WA0021  IMG-20150423-WA0023
 IMG-20150423-WA0024  IMG-20150423-WA0029  IMG-20150423-WA0033
 IMG-20150425-WA0004  IMG-20150425-WA0006  IMG-20150425-WA0034
 IMG-20150425-WA0008  IMG-20150425-WA0011  IMG-20150425-WA0010

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers