Sekolah Kebangsaan Sena

Articles

Sena Science Fair 2015

IMG-20150212-WA0016SK SENA, Kangar - Bitara ICT SK Sena telah menganjurkan pertandingan inovasi dan rekacipta, Sena Science Fair 2015 bertempat di Kantin SK Sena pada 12 Februari 2015 yang lalu melibatkan sebanyak 12 pasukan murid Tahun 2 hingga 6 dan 20 produk inovasi daripada pelbagai kategori, antaranya peralatan makanan, aksesori kediaman dan produk kitar-semula. Program tersebut yang merupakan acara tahunan sekolah adalah kali ketiga diadakan, dan merupakan salah satu daripada pelbagai program kerjasama strategik antara SK Sena dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Tahun lalu, acara Sena Science Fair berjaya menarik penyertaan 11 pasukan dan 22 produk. Tema Sena Science Fair untuk tahun ini ialah "Sparking Geniuses".

Program dimulakan dengan pendaftaran pasukan dan produk pada pukul 2.00 petang. Setiap pasukan yang mendaftar menerima nombor booth pameran masing-masing untuk persiapan sebelum pertandingan dimulakan. Satu sesi taklimat ringkas kepada para peserta tepat jam 2.15 petang untuk menerangkan tentang kaedahIMG-20150212-WA0034 pertandingan dan objektif utama Sena Science Fair, iaitu untuk mencetuskan minat ke arah pemikiran kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid.

Seterusnya, pertandingan dimulakan pada jam 2.30 petang dengan seramai 7 orang juri dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGeTech), UniMAP yang diketuai oleh En. Faizul bin Che Pa melawat ke setiap booth pameran untuk mendengar penerangan tentang produk-produk yang dipamerkan dan mengikuti sesi soal-jawab bersama para peserta. Pada masa yang sama, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ust Muhammad bin Abdul Ghani, Ketua Sektor Pendidikan Agama Islam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Perlis sebagai tetamu kehormat. Sena Science Fair 2015 juga telah dikunjungi oleh pelajar-pelajar dan guru dari SMK(A) Arau.

Sesi penjurian berakhir sekitar jam 3.30 petang dan para juri bersidang untuk menentukan pingat-pingat yang dimenangi oleh setiap produk yang dipertandingkan. Keputusan akhir menyaksikan sebanyak 3 produk menerima Pingat Emas, 6 produk menerima Pingat Perak dan 10 lagi produk menerima Pingat Gangsa. Pada masa yang sama, dua orang murid, iaitu Muhammad Qhalif Azariq bin Sahzan (Tahun 5 Elit) dan Nur Raihana (Tahun 5 Elit) telah dipilih sebagai Pembentang Terbaik Lelaki dan Perempuan. Majlis penutup yang bermula sekitar jam 5.00 petang dimulakan dengan sesi ulasan oleh Ketua Juri tentang proses penjurian dan kaedah penilaian yang digunakan. Majlis penutup kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh Ust Muhammad dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hadiah-hadiah telah disumbangkan oleh EYReC-MINDS Young Researchers Club, Chapter SK Sena dan UniMAP.

Pihak sekolah menyampaikan penghargaan kepada UniMAP atas kerjasama, bimbingan dan kepakaran yang telah dicurahkan ke arah menjayakan Sena Science Fair 2015, dan membentuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam diri para peserta, serta kepada pihak CIC, E-CIP dan 1CATs yang hadir untuk tujuan pendaftaran dan usaha pengkomersilan produk-produk murid yang dipertandingkan. Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada pihak JPN Perlis, para guru, ibu bapa dan peserta yang terlibat menjayakan program pada hari tersebut. 

 IMG-20150212-WA0018   IMG-20150212-WA0027   IMG-20150212-WA0029

IMG-20150212-WA0036   IMG-20150212-WA0038   IMG-20150212-WA0025   IMG-20150212-WA0015

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers