Bengkel Mini Penggunaan Toolbox PnP
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Rabu, 28 Oktober 2009 00:00
- Pengarang: SK Sena
Bitara Matematik SK Sena, GENIUSMATHS, telah menganjurkan satu bengkel mini bagi mempromosikan perisian Toolbox untuk Matematik dan Sains kepada sebilangan guru kedua-dua matapelajaran berkenaan. Perisian tersebut mempunyai keupayaan untuk membolehkan guru-guru menghasilkan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran interaktif yang sesuai digunakan bersama SmartBoard yang ada di Mathematics Access Center dan Bilik Tayangan SK Sena. Tujuan bengkel mini ini ialah untuk memperkenalkan perisian tersebut secara dasar kepada para guru.
SK Sena dijangka menghantar beberapa orang wakil untuk menghadiri sesi latihan intensif anjuran pengeluar perisian tersebut, Pintar Learning Sdn. Bhd. di Subang Jaya. Wakil-wakil ini kemudiannya akan memberikan latihan penggunaan Toolbox tersebut kepada guru-guru SK Sena yang lain. Adalah diharapkan pengenalan dan latihan yang dijalankan ini dapat menghasilkan guru-guru yang mampu menghasilkan bahan-bahan P&P yang lebih interaktif dan dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran.