Mathematics Access Center
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Khamis, 29 Oktober 2009 11:30
- Pengarang: Hasfa Rohizal Bin Hassan
SUBANG JAYA, Selangor - 4 orang guru mewakili SK Sena menghadiri latihan penggunaan Pintar Math Toolbox, Pintar Science Toolbox dan Pintar Jawi Toolbox di Pintar Learning Sdn. Bhd. di sini mulai hari ini. Ketiga-tiga perisian berkenaan digunakan untuk menghasilkan bahan Pengajaran dan Pembelajaran interaktif bagi penggunaan pada SmartBoard di bawah kelolaan Bitara Matematik SK Sena, GENIUSMATHS. Wakil-wakil SK Sena yang menghadiri latihan ini kemudian akan mengendalikan latihan dalaman untuk semua guru SK Sena dengan matlamat membolehkan guru-guru SK Sena memanfaatkan program-program berkenaan serta SmartBoard yang ada di SK Sena sepenuhnya.
SK Sena mengucapkan terima kasih kepada Pintar Learning Sdn. Bhd. atas tunjuk ajar dan layanan mesra yang diberikan sepanjang sesi latihan tersebut.