Pelantikan Dr. Matematik 2010
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Isnin, 12 April 2010 08:49
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Satu majlis pelantikan Dr. Matematik Sekolah Kebangsaan Sena telah diadakan hari ini bertempat di Dataran Sena. Majlis yang dianjurkan oleh GENIUSMATHS, atau Bitara Matematik SK Sena itu telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim. Dalam majlis tersebut, wakil-wakil Dr. Matematik dari setiap kelas telah dipakaikan dengan Vest Dr. Matematik sebagai simbol untuk menandakan bermulanya tugas mereka secara rasmi untuk membantu guru-guru Matematik membimbing rakan-rakan dalam kelas masing-masing. SK Sena mengucapkan tahniah kepada semua yang telah dilantik sebagai Dr. Matematik bagi tahun 2010, dan mengharapkan komitmen yang terbaik daripada setiap Dr. Matematik yang telah dilantik dalam usaha sekolah untuk terus meningkatkan pencapaian akademik murid-murid SK Sena.