Let's Compute!

 

Let's Compute!

ANJURAN BERSAMA
S.E.N.A CyQUEST DAN GENIUSMATHS

TuxMath in Action

Paparan skrin menunjukkan program TuxMath dalam penggunaan.

 

PENGENALAN KEPADA TUXMATH

Tuxmath merupakan satu perisian permainan komputer sumber terbuka yang berfokus kepada Matematik. Dalam permainan TuxMath, pemain perlu menjawab soalan-soalan Matematik yang diberikan untuk menghapuskan soalan tersebut. Soalan-soalan yang tidak dihapuskan akan jatuh ke tanah dan menghempap sasaran. Permainan berakhir apabila semua sasaran dimusnahkan oleh soalan-soalan yang tidak diselesaikan.

Terdapat beberapa tahap kesukaran dalam permainan ini yang boleh ditetapkan sebelum permainan dimulakan. Ini membolehkan pemain daripada tahap pembelajaran yang berbeza bermain pada tahap masing-masing. Secara umumnya, permainan ini menguji kebolehan pemain menyelesaikan soalan Matematik secara pantas, dan kebolehan menggunakan papan kekunci komputer.

 

KONSEP PERTANDINGAN “LET'S COMPUTE!”

Let's Compute! akan dijalankan secara berkumpulan mengikut rumah sukan dan tahap pembelajaran. Setiap rumah sukan akan menghantar tiga (3) orang pemain untuk siri Tahun 6, tiga (3) untuk siri Tahun 5 dan tiga (3) untuk siri Tahun 4. Dengan itu, setiap siri pertandingan akan dapat diselesaikan dalam masa tiga hari. Dengan bilangan hari yang sedemikian, pertandingan ini boleh menjadi satu acara bulanan.

Setiap kumpulan akan bermain permainan TuxMath sehingga semua sasaran dimusnahkan (di mana kumpulan pemain tersebut dianggap “mati”), atau sehingga cukup masa dua (2) jam, bergantung pada syarat yang dicapai terlebih dahulu.

Kemenangan akan dikira berdasarkan dua kategori.
Kategori pertama: Kumpulan terbaik mengikut aliran untuk setiap siri.
Kategori kedua: Kumpulan terbaik mengikut aliran selepas lima siri.

 

CADANGAN TARIKH DAN MASA

Masa
3.30 – 5.30 p.m.

Tempat
OSSLab

Tarikh
Siri 1: 21 – 23 Jun 2010
Siri 2: 5 – 7 Julai 2010
Siri 3: 2 – 4 Ogos 2010
Siri 4: 13 – 15 September 2010
Siri 5: 4 – 6 Oktober 2010