Taklimat Zoom-A

SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena melalui Bitara Matematik, GENIUSMATHS telah menganjurkan satu sesi taklimat penggunaan portal pembelajaran interaktif Zoom-A (www.zoom-a.com) untuk guru-guru SK Sena pada 14 Julai yang lalu. Taklimat tersebut yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan portal Zoom-A di kalangan guru dan murid SK Sena, khususnya sebagai alat bantu mengajar dan bahan latihan tambahan untuk subjek-subjek Pengajaran dan Pembelajaran telah berlangsung selama dua jam di Bilik Mesyuarat SK Sena, dan telah disampaikan sendiri oleh kakitangan One Touch Education Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan portal berkenaan. Portal Zoom-A yang bukan sahaja mengandungi bahan latihan dan ujian untuk murid, malah pelbagai aplikasi yang dapat membantu meningkatkan prestasi murid merupakan satu idea gagasan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia. Hasil daripada taklimat tersebut, para guru telah dapat melihat potensi yang ada pada Zoom-A jika digunakan sepenuhnya. Pihak pentadbiran sekolah pula kini dalam proses untuk menyampaikan maklumat yang sama kepada para murid dan ibu bapa, agar penggunaan portal Zoom-A dalam kalangan murid SK Sena dapat dipertingkatkan.

SK Sena mengucapkan terima kasih kepada One Touch Sdn. Bhd. yang telah hadir untuk menyampaikan taklimat kepada para guru SK Sena.