Sekolah Kebangsaan Sena

Transisi Tahun 1 dan Prasekolah 2010

SK SENA, Kangar - Program Transisi Tahun 1 dan Prasekolah bagi sesi persekolahan 2010 di Sekolah Kebangsaan Sena telah dilaksanakan kelmarin dengan kehadiran ibu bapa dan murid-murid yang amat menggalakkan. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim. Dalam ucapannya, beliau menerangkan antaranya tentang penerimaan pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah bagi tahun 2010 serta harapan dan seruan sekolah terhadap pengurusan masa dan komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Majlis kemudian diteruskan dengan taklimat daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Anapurini a/p Ramdas, taklimat kemasukan kelas dan ujian penempatan daripada Ketua Aliran Tahun 1, Pn. Chik@Rohana binti Abdul Ghani dan akhir sekali taklimat kemasukan Prasekolah daripada Pn. Anita Filzah binti Othman.
 
Murid-murid Prasekolah kemudian dibawa ke kelas masing-masing, sementara murid-murid Tahun 1 pula menduduki ujian penempatan yang berfokuskan KIA 2M. Pada masa yang sama, ibu bapa yang hadir turut berpeluang menyelesaikan bayaran persekolahan anak masing-masing dan membeli keperluan persekolahan. Program Transisi Tahun 1 dan Prasekolah SK Sena ini berakhir sekitar tengah hari. Liputan program disediakan oleh CyKidzCRAZE.
 
Dapatkan video liputan program di Galeri Video SK Sena
 
 


UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers