Sekolah Kebangsaan Sena

Penyampaian Kutipan Tabung Sumbangan Perwira

En. Ayub menyampaikan replika cek Tabung Sumbangan Perwira kepada Inspektor MasturaSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Kutipan Tabung Sumbangan Perwira di Dataran Sena sebagai sebahagian daripada usaha seluruh warga sekolah untuk menyatakan penghargaan yang tertinggi kepada wira-wira Malaysia yang bertugas untuk mempertahankan kedaulatan negara di Sabah. Tabung Sumbangan Perwira SK Sena yang dilancarkan Isnin lalu dan berjalan sepanjang minggu telah mencatatkan kutipan berjumlah RM 1,250.00.

Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan perhimpunan melibatkan semua guru dan murid SK Sena, di mana lagu-lagu patriotik telah dimainkan untuk memberikan semangat kepada seluruh En. Ayub menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penyampaian Kutipan Tabung Sumbangan Perwira disaksikan oleh Inspektor Mastura dan pentadbir sekolahwarga sekolah, dan sebagai tanda sokongan kepada para perajurit yang sedang berjuang di perbatasan. Satu deklamasi sajak tentang pencerobohan di Sabah telah disampaikan oleh Pn. Norayrah binti Safiei. Seterusnya, En. Ayub bin Ahmad, Ketua Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Perlis telah menyampaikan ucapan perasmian majlis. Dalam ucapannya, beliau menerangkan kepada para hadirin tentang rentetan peristiwa dalam sejarah Malaysia yang berkaitan dengan konflik yang sedang berlaku di Sabah sekarang ini. Beliau turut menegaskan kepada para murid agar bersedia untuk bangkit dan berjuang satu hari nanti, supaya negara tidak perlu bergantung kepada kuasa luar untuk menjaga keamanan dan keselamatan sendiri.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaikan replika cek Tabung Sumbangan Perwira kepada Inspektor Mastura binti Zul, Pegawai Perhubungan Sekolah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kangar, Perlis. Replika cek tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim melalui En. Ayub.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan, serta terlibat menjayakan majlis dan kutipan yang diadakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seluruh warga SK Sena mendoakan keselamatan negara dan para pejuang. Liputan dan siaraya majlis disediakan oleh MEDIASENA.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers