Jamuan Aidilfitri SK Sena
- Butiran
- Dikemaskini pada Rabu, 21 Ogos 2013 15:37
- Diterbitkan pada Rabu, 21 Ogos 2013 14:47
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini mengadakan majlis jamuan keraian Aidilfitri 1434H peringkat sekolah melibatkan semua guru dan murid. Majlis tersebut yang bermula pada jam 10.40 pagi dijalankan mengikut kelas, dengan sebahagian daripada kelas-kelas yang terlibat mengambil inisiatif menggabungkan jamuan untuk menjadikan acara lebih meriah dan melibatkan lebih ramai pihak.
Pelbagai juadah bertemakan perayaan telah dihidangkan untuk dinikmati bersama oleh seluruh warga sekolah, dan lagu-lagu raya turut dikumandangkan melalui siaran langsung setempat Sena.FM untuk membangkitkan lagi suasana hari raya. Semua murid dan guru juga turut mengambil kesempatan untuk menggayakan baju raya masing-masing bersama rakan-rakan.
SK Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis jamuan Aidilfitri SK Sena bagi tahun 1434H.