Sekolah Kebangsaan Sena

Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

Murid-murid SK Sena beramah-mesra bersama Warga Emas di Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, PerlisSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah menjalankan beberapa program melibatkan sebilangan guru dan murid sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara di peringkat SK Sena. Dasar tersebut yang merupakan salah satu daripada dasar-dasar utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertujuan untuk membangunkan masyarakat prihatin terhadap fenomena penuaan dan mendayaupayakan masyarakat bagi menghadapi hari tua.

Selain itu, dasar berkenaan turut menekankan objektif untuk memudahkan akses pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga emas, keluarga dan masyarakat, menjamin warga emas hidup selamat dan dilindungi, membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu, meningkatkan penglibatan warga emas dalam masyarakat pelbagai umur, serta menggalakkan penggunaan hasil penyelidikan sebagai asas dalam perancangan, pemantauan danMurid-murid SK Sena mengikuti aktiviti gotong-royong di rumah Warga Emas penilaian program warga emas.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Sena, En. Zubir bin Ghazali ketika ditemui berkata, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh SK Sena di bawah Dasar Warga Emas ini dirancang untuk menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam diri warga sekolah yang terlibat tentang Warga Emas dalam situasi setempat, serta kepentingan untuk sama-sama membantu mewujudkan persekitaran yang lebih mesra dan selesa untuk golongan tersebut. Menurut beliau lagi, antara aktiviti yang telah dijalankan ialah lawatan gotong-royong ke beberapa buah rumah Warga Emas di sekitar kawasan sekolah dan kunjungan muhibbah ke Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Perlis. Selain itu, pihak sekolah turut merancang untuk mengadakan satu sesi ceramah kesihatan dan pemakanan untuk Warga Emas.

Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara di SK Sena diterajui oleh Unit HEM melalui Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program-program yang telah dijalankan, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan mencapai matlamat yang dirancang. Maklumat lanjut tentang Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas boleh didapati dalam laman web rasmi KPWKM.

Liputan pelaksanaan disediakan oleh MEDIASENA (Jurukamera: Syed Ahmad Muaz bin Syed Zainal Abidin Khilmi & Aiman Hakim bin Aziz).

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers