Sekolah Kebangsaan Sena

Pelantikan Pengawas 2014

Bacaan ikrar oleh semua Pengawas Sekolah yang baru dilantik.SK SENA, Kangar - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas SK Sena 2014 berlangsung di Dataran Sena hari ini melibatkan 41 orang Pengawas yang telah dilantik dari kalangan murid Tahun 4 hingga 6. Majlis tersebut yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para Pengawas agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan telah dirasmikan oleh YB Senator Mohd Khalid bin Ahmad, Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis.

Majlis bermula seawal jam 7.40 pagi dengan sesi perhimpunan mingguan yang diadakan seperti biasa. Seterusnya, Senator Mohd Khalid telah menyampaikan ucapan perasmian untuk melancarkan majlis pelantikan tersebut. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua Pengawas Sekolah agar dapat menunjukkan contoh tauladan yang terbaik kepada semua murid. Selesai ucapan, satu sesi kuiz telah dijalankan untuk semua murid atas permintaan beliau. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2014 dan pemakaian blazer kepada Ketua Pengawas, Nurul Nisa binti Amiludin dan Penolong Ketua Pengawas, Muhd Alif Syahir bin Mohd Noor.

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas SK Sena 2014 berakhir dengan bacaan ikrar oleh semua Pengawas yang telah dilantik dan sesi bergambar bersama Senator Mohd Khalid dan guru-guru Pengawas. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada YB Senator kerana sudi hadir menyempurnakan majlis pelantikan Pengawas untuk sesi tahun ini. Selain 41 orang Pengawas yang menerima watikah hari ini, seramai 7 orang murid Tahun 3 SK Sena turut dipilih sebagai Pengawas Percubaan.

Liputan program disediakan oleh MEDIASENA (Jurukamera: Muhammad Ehsan bin Zubaidi dan Rifqie Aiman bin Mohd Salehuddin).

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers