Sekolah Kebangsaan Sena

Pelancaran Program Antidadah Kebangsaan

En. Zubir membebaskan burung merpati sebagai simbolik pelancaran Program Antidadah Kebangsaan peringkat SK Sena 2014.SK SENA, Kangar - Program Antidadah Kebangsaan peringkat SK Sena telah dilancarkan pada 25 Februari 2014 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ke arah memerangi masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara ini. Program tersebut yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia diterajui oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri dan menampilkan beberapa aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun, antaranya 5-Minit Antidadah yang berjalan dalam sesi perhimpunan mingguan serta promosi antidadah di sekitar kawasan sekolah.

Majlis pelancaran di SK Sena dimulakan dengan bacaan perutusan antidadah yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena sambutan peringkat kebangsaan pada 19 Februari 2014.  Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian program oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Sena, En. Zubir bin Ghazali. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa usaha-usaha membendung masalah penyalahgunaan dadah, samaada dalam kalangan murid atau masyarakat awam, bukanlah satu usaha bermusim, sebaliknya harus dilaksanakan tanpa mengenal penat-lelah untuk memastikan negara bebas daripada wabak tersebut.

Seterusnya, bacaan ikrar oleh semua murid, gimik pelancaran berupa pembebasan seekor burung merpati sebagai simbolik membebaskan diri daripada belenggu penyalahgunaan dadah dan deklamasi sajak oleh Tengku Damia 'Atiqah binti Tg Mahmud dari Tahun 6 Gemilang telah diadakan untuk menyerikan lagi majlis.

Liputan program disediakan oleh MEDIASENA (Jurukamera: Muhammad Ehsan Zubaidi).

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers